Monday, April 02, 2007

Malacca Enactment No. 6 of 1988, Malaysia

Purpose and Interpretations
An Enactment to make provisions for the preservation, conservation and enhancement of cultural heritage and matters incidental thereto. It may be also called as the Preservation and Conservation of Cultural Heritage Enactment 1988.

A committee, known as the Preservation and Conservation Committee, shall be established by the State Authority in order to advise on matters of policy, administration and management of cultural heritage and conservation areas. This Committee is chaired by the Chief Minister of State.
The Enactment requires clarification of common terminologies used in preservation and conservation of cultural heritage.
  • "Adaptation" means a process of modifying a cultural heritage or a conservation area to suit a proposed compatible use.
  • "Conservation" defines a process of looking after a cultural heritage or a conservation area so as to retain its significance; and this includes maintenance, preservation, restoration, reconstruction, adaptation or a combination of two or more of these.
  • "Cultural heritage" includes any antiquity, historical object, historical site, fabric, building, structure, work of art, manuscript, coin, vehicle, ship or tree which has a significant and special architectural, aesthetic, historical, cultural, scientific, economic interest or value.
  • "Maintenance" means a continuous protection and care of a cultural heritage or a conservation area as distinguished from repair which may involve restoration or construction.
  • "Preservation" is a process of maintaining a cultural heritage or a conservation area in its existing state or form.
  • "Reconstruction" means a process of returning a cultural heritage or a conservation area as nearly as possible to an earlier known state by the introduction of old or new materials.
  • "Restoration" means a process of returning the existing cultural heritage or a conservation area to an earlier known state by removing accretion or by reassembling the existing repairs without the introduction of new materials.
Declaration of Cultural Heritage
The State Authority may on the recommendation of the Local Authority and advise of the Committee declare any cultural heritage which is desirable to be preserved or conserved, and also may designate an area within such heritage is located as a conservation area.

Any person who owns any cultural heritage which has not been declared may apply in a prescribed form to the Local Authority within which the heritage is located for such declaration. Upon processing the application, the Local Authority, however, shall notify the owner that his heritage or area is subjected to preservation or conservation.

Any cultural heritage which ahs been declared to be preserved or conserved shall be inspected at all reasonable times by an officer authorised by the Local Authority.

Johore Enactment No. 7 of 1988, Malaysia

Purpose and Interpretations
An Enactment to establish a body corporate by the name of Yayasan Warisan Negeri (YWN) for the preservation of the cultural and historical heritage of the Johore state; and to provide for matters connected therewith.
An "ancient monument" means any monument in the State which is or is reasonably believed to be at least one hundred years old or which is declared by the State Authority to be one.
A "monument" includes any building, structure, erection or other work whether above or below the surface of the land, any memorial, place of interment and any part of a monument that is considered to be worthy of preservation historically, traditionally, archaeologically or architecturally.
A "historical site" means a site which has been declared by the State Authority to be preserved.
A "curator" is the Chief Executive Officer appointed by the YWN to be responsible for carrying out any decisions and directions made by the body and exercising general control over its officers and servants.
'
Establishment and Functions of the YWN
As an establishment body corporate, the YWN may involve in suing and be sued in its name, in entering into contracts; and in acquiring, purchasing, taking, holding movable or immovable property incidental or appertaining to the body. members of the YWN include a Chairman who is the Chief Minister of State, Deputy Chairman. Treasurer, Secretary and a representative from the National Museum and national Art Gallery. The YWN has the authority to do research and inspection on monuments, advise and control on any alterations, repairs and renovations of any kind to ensure the better preservation. In addition, it can receive donations, grants from any source and contribute the grant or loan towards any repair and maintenance of monuments or articles of historic values.
'
The functions of the YWN shall be:
1) to stimulate public interest and support in the preservation and dissemination of knowledge of the cultural and historical heritage of the State.
2) to preserve monuments and articles of historic, traditional, archaelogical or architectural interest.
3) to protect the amenities relating to the monuments.
4) to take appropriate measures to preserve all records, documents and data relating to those monuments and articles.
5) to provide for libraries as reference and research work.
6) to manage and administer the fund.
'
Penalty
Any person who wilfully defaces, damages or interferes with any monument shall be guilty of an offence and shall be liable upon conviction to a maximum fine of MR 10,000 (Malaysian Ringgit) or to a term of two years imprisonment or both.

Sunday, April 01, 2007

Rang Undang-Undang Akta Warisan Kebangsaan 2005, Malaysia

SUSUNAN FASAL
BAHAGIAN I
PERMULAAN

Fasal
1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
2. Tafsiran

BAHAGIAN II
PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN WARISAN
3. Dasar berhubung dengan pemuliharaan dan pemeliharaan warisan

BAHAGIAN III
PENTADBIRAN AKTA
4. Pelantikan Pesuruhjaya Warisan
5. Pelantikan pegawai
6. Fungsi Pesuruhjaya
7. Kuasa Pesuruhjaya

BAHAGIAN IV
MAJLIS WARISAN KEBANGSAAN
8. Penubuhan Majlis Warisan Kebangsaan
9. Fungsi Majlis
10. Keanggotaan Majlis
11. Setiausaha
12. Tempoh jawatan
Rang Undang-Undang
Fasal
13. Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan anggota
14. Pengosongan jawatan
15. Pengisian kekosongan
16. Mesyuarat Majlis
17. Tatacara mesyuarat
18. Jawatankuasa
19. Saraan atau elaun

BAHAGIAN V
KUMPULAN WANG WARISAN
20. Penubuhan Kumpulan Wang
21. Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wanj
22. Akaun dan audit

BAHAGIAN VI
DAFTAR WARISAN KEBANGSAAN
23. Daftar Warisan Kebangsaan

BAHAGIAN VII
TAPAK WARISAN
Bab 1 Penetapan tapak
warisan
24. Penetapan Tapak Warisan
25. Tapak bersempadanan dan berdekatan
26. Pemeriksaan tapak
27. Notis kepada pemunya, dsb.
28. Bantahan
29. Pendengaran
30. Keizinan Pihak Berkuasa Negeri
31. Keputusan Pesuruhjaya
32. Notis kepada pihak berkuasa perancang tempatan
Warisan Kebangsaan 3
Bab 2
Permtah Perlindungan Interim
Fasal
33. Pesuruhjaya boleh membuat Perintah Perlindungan Interim
34. Tempoh Perintah Perlindungan Interim
35. Kerja-kerja yang dibenarkan semasa Perintah Perlindungan Interim
Bab 3
Urusan yang melibatkan tapak warisan
36. Notis niat untuk menjual tapak warisan
37. Pertukaran pcmunya tapak warisan
Bab 4
Pemuliharaan dan pemeliharaan tapak warisan
38. Jagaan tapak warisan
39. Pemeriksaan tapak warisan
40. Permohonan bagi kebenaran merancang bagi tapak warisan
41. Perintah Pemeliharaan Monumen
42. Kcwajipan untuk menjaga tapak warisan dalam keadaan baik
43. Pembiayaan kerja pemuliharaan
44. Kuasa untuk mengenakan fi masuk
Bab 5
Kawasan pemuliharaan dan pelan pengurusan pemuliharaan
45. Kawasan pemuliharaan
46. Pelan pengurusan pemuliharaan

BAHAGIAN VIII
OBJEK WARISAN
Bab I
Penjumpaan objek
47. Penjumpaan objek
48. Hak keempunyaan objek
49. Pengisytiharan sebagai objek warisan oleh Pesuruhjaya
Rang Undang-Undang
Bab 2
Permohonan bagi pendaftaran
Fasal
50. Permohonan bagi pendaftaran objek warisan
51. Kelulusan atau penolakan permohonan bagi pendaftaran
52. Perakuan pendaftaran
Bab 3
Pengurusan objek wansan
53. Pampasan bagi objek warisan tertentu
54. Pcnguntukan bahagian dalam warisan
55. Pertikaian mengenai pampasan atau penguntukan
56. Penjualan atau pelupusan objek warisan
57. Notis niat untuk menjual atau memindahmilikan objek warisan
58. Pertukaran pemunya objek warisan
59. Pemuliharaan objek warisan
60. Pemuliharaan warisan kebudayaan tidak ketara

BAHAGIAN IX
WARISAN KEBUDAYAAN Dl BAWAH AIR
61. Penjumpaan warisan kebudayaan di bawah air
62. Milikan, jagaan atau kawalan warisan kebudayaan di bawah air boleh
alih
63. Pengisytiharan warisan kebudayaan di bawah air
64. Zon yang dilindungi
65. Kerja salvaj dan penggalian hendaklah dilesenkan
66. Pemunyaan warisan kebudayaan di bawah air yang dijumpai semasa
pengukuran, salvaj atau penggalian

BAHAGIAN X
WARISAN KEBANGSAAN
67. Pengisytiharan Warisan Kebangsaan
68. Penamaan sebagai Warisan Kebangsaan
War is an Kebangsaan
Fa sal
69. Pemunyaan atau pemilikan Warisan Kebangsaan
70. Pertukaran pemunyaan Warisan Kebangsaan
71. Penyenaraian Warisan Kebangsaan dalam Daftar
72. Pemuliharaan dan pemeliharaan Warisan Kebangsaan

BAHAGIAN XI
HARTA KARUN
73. Keseragaman undang-undang berkenaan dengan harta karun
74. Notis penjumpaan harta karun
75. Pemberitabuan bagi siasatan
76. Masa yang dibcnarkan bagi guaman oleh pihak menuntut
77. Bila harta karun boleh diisytiharkan tiada pemunya
78. Apabila harta karun terletak hak pada Kerajaan Negeri
79. Pelupusan harta karun
80. Kuasa Pesuruhjaya untuk memeriksa apa-apa harta karun
81. Kesalahan
82. Pelucuthakan tuntutan kepada dan kepentingan dalam harta karun

BAHAGIAN XII
PELESENAN
Bab I
Eksport dan import butiran warisan
83. Lesen untuk mengeksport
84. Pengimportan butiran warisan asing
85. Menteri boleh menetapkan tatacara yang perlu
Bab 2
Lesen untuk menggali
86. Penggalian objek warisan
87. Permohonan bagi lesen untuk menggali
Rang Undang-Undang
Fasal
88. Kelulusan atau penolakan lesen untuk menggali
89. Terma dan syarat lesen
90. Pelanjutan dan pcmbatalan lesen
Bab 3
Pendaftaran peniaga butiran warisan
91. Peniaga bcrdaftar butiran warisan
92. Maklumat mengenai butiran warisan yang dicuri
93. Laporan penjualan atau pembelian butiran warisan
94. Pegawai penguat kuasa boleh memasuki dan mcnggeledah premis
perniagaan peniaga berdaftar, dsb.
95. Penyerahan kepada pemunya

BAHAGIAN XIII
RAYUAN
96. Rayuan

BAHAGIAN XIV
KUASA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PENGUATKUASAAN, PENYITAAN,
PENANGKAPAN, DSB.
97. Pelantikan pegawai penguat kuasa
98. Kuasa untuk menyiasat
99. Kad kuasa
100. Penggeledahan dan penyitaan dengan waran
101. Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran
102. Pemeriksaan orang
103. Penyitaan benda, dsb.
104. Notis penyitaan
105. Kuasa penangkapan
106. Menghalang penggeledahan, dsb.
Warisan Kebangsaan 7
Fasal
107. Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui kes
108. Pemeriksaan orang yang mengetahui kes
109. Kebolehterimaan pernyataan orang tertuduh
110. Pelucuthakan benda, dsb., yang disita
111. Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh
didapatkan

BAHAGIAN XV
KESALAHAN
1 12. Kesalahan berkenaan dengan tapak warisan
1 1 3 . Kesalahan berkenaan dengan objek warisan
1 14. Kesalahan berkenaan dengan Warisan Kebangsaan

BAHAGIAN XVI
PELBAGAI
115. Pendakwaan
116. Bidang kuasa Mahkamah Majistret Kelas Pertama
117. Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan
118. Penalti am
119. Pengkompaunan kesalahan
120. Pekhidmat awam
121. Kekebalan daripada tindakan undang-undang
122. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
123. Pewakilan kuasa
124. Peraturan-peraturan

BAHAGIAN XVII
PERUNTUKAN PEMANSUHAN DAN KECUALIAN
125. Pemansuhan dan kecualian
126. Pencegahan anomali

RANG UNDANG-UNDANG
b e r n a m a
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pemuliharaan dan
pemeliharaan Warisan Kebangsaan, warisan semula jadi, warisan
kebudayaan ketara dan tidak ketara, warisan kebudayaan di bawah
air, harta karun dan bagi perkara-perkara yang berkaitan.

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Warisan Kebangsaan
2005.
(2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan
oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta; dan Menteri
boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa
Akta ini bagi bahagian yang berlainan dalam Malaysia.
10 Rang Undang-Undang
Tafsiran
2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki
makna yang lain —
"bangunan" ertinya suatu bangunan atau kumpulan bangunan
yang berasingan atau bersambung, yang disebabkan oleh seni binanya,
kehomogenannya atau tempatnya dalam landskap, mempunyai nilai
sejagat yang menonjol dari pandangan sejarah, seni atau sains;
"benda purba" ertinya—
(a) mana-mana objek boleh a l i h yang berusia atau
semunasabahnya dipercayai berusia sekurang-kurangnya
lima puluh tahun;
(b) mana-mana bahagian daripada mana-mana objek yang
telah pada mana-mana tarikh yang terkemudian ditambah
atau dibina semula atau dibaik pulih; dan
(c) mana-mana peninggalan manusia, tumbuh-tumbuhan atau
haiwan yang berusia atau semunasabahnya dipercayai
berusia sekurang-kurangnya satu ratus tahun;
"butiran warisan" ertinya apa-apa Warisan Kebangsaan, tapak
warisan, objek warisan atau warisan kebudayaan di bawah air
yang disenaraikan dalam Daftar;
"butiran warisan asing" ertinya mana-mana butiran yang ditetapkan
dan dilindungi sedemikian oleh perundangan sesuatu negara asing,
yang merupakan suatu pihak kepada suatu triti tentang perlindungan
objek atau bahan kebudayaan;
"Daftar" ertinya Daftar Warisan Kebangsaan yang diwujudkan
dan disenggarakan di bawah seksyen 23 yang mengandungi suatu
senarai butiran warisan;
"harta karun" ertinya apa-apa wang, syiling, emas, perak, saduran,
barang kemas bulion, batu berharga atau apa-apa objek atau benda
bernilai yang dijumpai tersembunyi dalam, atau dijumpai dalam
apa-apa jua yang melekat pada, tanah atau dasar sesuatu sungai
atau tasik atau laut, yang tuan punyanya tidak diketahui atau tidak
dapat dijumpai, tetapi tidak termasuk apa-apa warisan kebudayaan
ketara;
Warisan Kebangsaan 11
"kawasan" termasuklah kerja manusia atau gabungan kerja alam
dan manusia, dan kawasan yang termasuk tapak zaman purba yang
mempunyai nilai sejagat yang menonjol dari pandangan sejarah,
estetik, etnologi atau antropologi;
"Kumpulan Wang" ertinya Kumpulan Wang Warisan yang
ditubuhkan di bawah seksyen 20;
"lapangan terbang kastam" dan "pelabuhan kastam" mempunyai
erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Akta Kastam 1967
[Akta 235];
"Majlis" ertinya Majlis Warisan Kebangsaan yang ditubuhkan
di bawah seksyen 8;
"melindungi" ertinya pengenalpastian,perlindungan,pemuliharaan,
pembaikpulihan, pengubahelokan, penyenggaraan, pendokumenan
dan penggiatan semula perkara, artifak, kawasan bersejarah atau
tradisional dan persekitarannya;
"Menteri" ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan
tanggungjawab bagi warisan;
"monumen" ertinya kerja seni bina, kerja membuat area dan
mengecat monumen, elemen atau struktur daripada jenis arkeologi,
inskripsi, penghunian gua dan gabungan ciri, yang mempunyai
nilai sejagat yang menonjol dari pandangan sejarah, seni atau
sains;
"objek" termasuklah mana-mana benda purba boleh alih, warisan
kebudayaan ketara, warisan kebudayaan tidak ketara dan objek
bersejarah tetapi tidak termasuk harta karun;
"objek bersejarah" ertinya apa-apa artifak atau objek lain yang
padanya terdapat kepentingan keagamaan, tradisional, artistik atau
bersejarah dan termasuklah mana-mana—
(a) bahan etnografi seperti alat rumah tangga atau pertanian,
benda perhiasan atau perhiasan diri;
(b) kerja seni seperti ukiran, pembuatan area, lukisan, seni
bina, tekstil, alat muzik, senjata dan apa-apa kerja tangan
lain;
(c) manuskrip, syiling, wang kertas, pingat, lencana, lambang
kebesaran, jata, panji-panji, senjata atau perisai; atau
(d) kenderaan, kapal dan bot, yang sebahagian atau
keseluruhannya yang pengeluarannya telah dihentikan;
12 Rang Undang-Undang
"objek warisan" ertinya sesuatu objek yang diisytiharkan
di bawah seksyen 49 atau yang didaftarkan di bawah seksyen 51
sebagai objek warisan;
"pegawai kastam yang hak" mempunyai erti yang sama yang
diberikan kepadanya oleh Akta Kastam 1967;
"pegawai pelabuhan" mempunyai erti yang sama yang diberikan
kepadanya oleh Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 [Ord. No. 70
tahun 1952];
"pegawai penguat kuasa" ertinya mana-mana pegawai yang dilantik
oleh Menteri di bawah seksyen 97;
"pelan pengurusan pemuliharaan" ertinya pelan bagi pemuliharaan
yang disediakan di bawah seksyen 46;
"pembaikpulihan" ertinya proses memulihkan secara tepat, rupa
bentuk dan perincian suatu struktur atau sebahagian daripada suatu
struktur serta kedudukan struktur itu, sebagaimana yang didapati
pada suatu tempoh masa, dengan mengalihkan kerja yang terkemudian
dan menggantikan kerja asal yang hilang, dan termasuklah —
(a) pembaikpulihan sepenuhnya yang melibatkan kedua-dua
bahagian luar dan dalam;
(b) pembaikpulihan sebahagian yang melibatkan bahagian
luar, bahagian dalam, atau mana-mana gabungan sebahagian
dan digunakan apabila hanya bahagian sesuatu struktur
adalah penting dalam menunjukkan nilai kebudayaan pada
peringkat kepentingan sejarah, atau menyumbang kepada
nilai yang baginya kawasan itu ditetapkan; dan
(c) pembaikpulihan secara penyesuaian yang melibatkan
kesemua atau sebahagian pembaikpulihan luar dengan
bahagian dalam disesuaikan bagi suatu kegunaan berfungsi
moden;
"pembinaan semula" ertinya proses menghasilkan semula secara
tepat melalui suatu pembinaan baru, rupa bentuk dan perincian
suatu struktur yang telah hilang, atau sebahagian daripada struktur
itu, sebagaimana yang didapati pada suatu tempoh masa dan
termasuklah pembinaan semula keseluruhan atau sebahagian;
Warisan Kebangsaan 13
"pemeliharaan" ertinya bertujuan untuk memberhentikan
kemerosotan Janjut, reput atau keadaan usang dan menyediakan
struktur yang selamat dan kukuh tetapi tidak menjangkakan
pembangunan semula yang penting dan termasuklah —
(a) teknik membantutkan atau memperlahankan proses
kemerosotan, reput atau keadaan usang sesuatu butiran
atau struktur;
(b) pembaikan keadaan struktur untuk menjadikan sesuatu
struktur selamat, boleh didiami, atau selainnya berguna;
dan
(c) penyenggaraan biasa dan pembaikan kecil yang tidak
mengubah atau memudaratkan rupa fabrik atau sejarah
sesuatu struktur;
"pemulihan" ertinya proses mengembalikan sesuatu harta kepada
keadaan kebergunaan melalui pembaikan atau pengubahan, yang
memungkinkan penggunaan semasa yang efisien sambil memelihara
bahagian dan ciri harta itu yang penting kepada seni bina
bersejarahnya;
"pemuliharaan" termasuklah pemeliharaan, pembaikpulihan,
pembinaan semula, pemulihan dan penyesuaian atau mana-mana
gabungannya;
"pemunya", berhubung dengan mana-mana tanah, ertinya pemunya
berdaftar atau pemegang melalui pegangan ikut adat tanah itu;
"penduduk" termasuklah orang yang bercucuk-tanam atau orang
yang sebenarnya memiliki, menguruskan atau mengawal mana-mana
tanah, dan termasuklah mana-mana orang yang mempunyai milikan
atau kawalan mana-mana harta alih di premis atau tanah itu;
"pengumpul" ertinya mana-mana orang yang memperoleh warisan
kebudayaan boleh alih yang ketara bagi maksud selain bagi jualan;
"peniaga" ertinya mana-mana orang yang menerima keuntungan
daripada pembelian dan penjualan semula ekshibit dan termasuklah
seseorang peniaga berdaftar;
"peniaga berdaftar" ertinya mana-mana peniaga yang dilesenkan
di bawah seksyen 91;
14 Rang Undang-Undang
"perairan Malaysia" ertinya perairan wilayah Malaysia yang
ditentukan mengikut Ordinan No. 7 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat
tahun 1969 [P.U. (A) 307A/1969];
"Pesuruhjaya" ertinya Pesuruhjaya Warisan yang dilantik di bawah
seksyen 4;
"pihak berkuasa perancang tempatan" hendaklah mempunyai
erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Akta Perancangan
Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] di Semenanjung Malaysia dan
pihak berkuasa perancang yang berwibawa di bawah undang-undang
Negeri Sabah dan Sarawak;
"relik arkeologi" ertinya—
(a) mana-mana mendapan arkeologi; atau
(b) mana-mana artifak, peninggalan atau keterangan matan
yang dikaitkan dengan mendapan arkeologi,
di mana-mana bahagian Malaysia dan berusia lima puluh tahun
atau lebih;
"rizab arkeologi" ertinya suatu kawasan yang di dalamnya relik
arkeologi terletak;
"tapak" termasuklah mana-mana kawasan, tempat, zon, warisan
semula jadi, monumen atau bangunan yang melekat pada tanah,
rizab arkeologi dan mana-mana tanah dengan bangunan, taman,
pokok atau rizab arkeologi;
"tapak warisan" ertinya sesuatu tapak yang ditetapkan sebagai
tapak warisan di bawah seksyen 24;
"warisan" membawa pengertian generik Warisan Kebangsaan,
tapak, objek dan warisan kebudayaan di bawah air sama ada
disenaraikan atau tidak dalam Daftar;
"Warisan Kebangsaan" ertinya mana-mana tapak warisan, objek
warisan, warisan kebudayaan di bawah air atau mana-mana orang
hidup yang diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan di bawah
seksyen 67;
Warisan Kebangsaan 15
"warisan kebudayaan" termasuklah bentuk ketara atau tidak ketara
harta, struktur atau artifak kebudayaan dan boleh termasuk perkara,
objek, butiran, artifak, struktur pembentukan, persembahan, tarian,
nyanyian, muzik warisan yang penting kepada cara hidup rakyat
Malaysia, dari segi sejarah atau semasa, di atas atau di dalam tanah
atau warisan kebudayaan di bawah air bagi bentuk ketara tetapi
tidak termasuk warisan semula jadi;
"warisan kebudayaan di bawah air" ertinya segala kesan kewujudan
manusia yang mempunyai sifat kebudayaan, sejarah atau arkeologi
yang sebahagiannya atau keseluruhannya di bawah air, berkala
atau berterusan, selama sekurang-kurangnya satu ratus tahun seperti—
(a) tapak, struktur, bangunan, artifak dan peninggalan manusia,
bersama-sama dengan konteks arkeologi dan semula
jadinya;
(b) vesel, pesawat udara, kenderaan lain atau mana-mana
bahagiannya, kargo atau kandungan lainnya, bersamasama
dengan konteks arkeologi dan semula jadinya; dan
(c) objek bersifat prasejarah;
"warisan kebudayaan ketara" termasuklah kawasan, monumen
dan bangunan;
"warisan kebudayaan tidak ketara" termasuklah mana-mana bentuk
ungkapan, bahasa, sebutan lidah, pepatah, lagu yang dihasilkan
melalui muzik, not, lirik boleh didengar, nyanyian, lagu rakyat,
tradisi lisan, puisi, muzik, tarian sebagaimana yang dihasilkan
melalui seni pentas, persembahan teater, penggubahan bunyi dan
muzik, seni mempertahankan diri, yang telah wujud atau wujud
berhubung dengan warisan Malaysia atau mana-mana bahagian
Malaysia atau berhubung dengan warisan masyarakat Malaysia;
"warisan kebudayaan yang penting" ertinya warisan kebudayaan
yang mempunyai nilai estetik, arkeologi, seni bina, kebudayaan,
sejarah, saintifik, sosial, spiritual, linguistik atau teknologi;
"warisan semula jadi" termasuklah ciri-ciri semula jadi manamana
kawasan di Malaysia yang terdiri daripada pembentukan
tanah secara fizikal atau biologi atau kumpulan pembentukan itu,
ciri geologi atau fisiografi, gunung, sungai, anak sungai, pembentukan
batu, pesisir laut atau mana-mana tapak semulajadi yang mempunyai
nilai yang menonjol dari pandangan semulajadi, sains,pemuliharaan
sejarah atau keindahan semulajadi termasuk flora dan fauna Malaysia;
16 Rang Undang-Undang
"zon" ertinya sesuatu kawasan atau sebahagian daripada sesuatu
kawasan bagi maksud pemeliharaan dan pembaikpulihan berkenaan
dengan landskap luar bandar dan bandar, sama ada semula jadi
atau buatan manusia, yang mempunyai apa-apa warisan kebudayaan
yang penting.
(2) Dalam Akta ini, sebutan mengenai Pihak Berkuasa Negeri
berhubung dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya hendaklah
ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Menteri yang bertanggungjawab
bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
(3) Bagi maksud Akta ini, yang berikut tidak boleh dianggap
sebagai warisan kebudayaan di bawah air:
(a) saluran paip dan kabel yang ditempatkan di atas dasar
laut; dan
(b) pepasangan selain saluran paip dan kabel, yang ditempatkan
di atas dasar laut.

BAHAGIAN II
PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN WARISAN
Dasar berhubung dengan pemuliharaan dan pemeliharaan
warisan
3. ( 1 ) Tertakluk kepada subseksyen (2), Menteri hendaklah
bertanggungjawab menyediakan atau mengeluarkan dasar,
pernyataan atau arahan berkenaan dengan apa-apa perkara, urusan,
strategi atau pengendalian pemuliharaan dan pemeliharaan
warisan.
(2) Menteri tidak boleh menyediakan atau mengeluarkan
apa-apa dasar, pernyataan atau arahan di bawah subseksyen (1)
jika perkara, urusan, strategi atau pengendalian pemuliharaan dan
pemeliharaan warisan melibatkan kuasa atau bidang kuasa Negeri
melainkan jika Pihak Berkuasa Negeri yang berkaitan telah
dirundingi.
Warisan Kebangsaan 17

BAHAGIAN III
PENTADBIRAN AKTA
Pelantikan Pesuruhjaya Warisan
4. (1) Maka hendaklah dilantik oleh Menteri, seorang pegawai
yang dikenali sebagai "Pesuruhjaya Warisan" bagi maksud
menjalankan kuasa dan fungsi yang diberikan kepada Pesuruhjaya
di bawah Akta ini.
(2) Pelantikan Pesuruhjaya hendaklah disiarkan dalam Warta.
(3) Pesuruhjaya yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah
menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun
dan mempunyai suatu meterai perbadanan.
(4) Pesuruhjaya boleh membawa guaman dan dibawa guaman
atas namanya.
(5) Pegawai yang dilantik menjadi Pesuruhjaya hendaklah
memegang jawatan selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun
dan adalah layak untuk dilantik semula.
Pelantikan pegawai
5. (1) Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melantik apa-apa
bilangan Timbalan Pesuruhjaya, Penolong Pesuruhjaya, pegawai
yang diberi kuasa dan mana-mana pegawai lain sebagaimana yang
perlu untuk membantu Pesuruhjaya dalam melaksanakan fungsinya
dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.
(2) Semua pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (1)
hendaklah tertakluk kepada pengawasan, arahan dan kawalan
Pesuruhjaya.
Fungsi Pesuruhjaya
6. Fungsi Pesuruhjaya adalah seperti yang berikut:
(a) untuk menentukan penetapan tapak, pendaftaran objek
dan warisan kebudayaan di bawah air;
18 Rang Undang-Undang
(b) untuk mewujudkan dan menyenggarakan Daftar dan untuk
menentukan dan menetapkan kategori warisan yang hendak
disenaraikan dalam Daftar;
(c) untuk mengawasi dan menyelia pemuliharaan,
pemeliharaan, pembaikpulihan, penyenggaraan,
penggalakan, pemameran dan kemudahan akses warisan;
(d) untuk menggalakkan dan memudahkan apa-apa
penyelidikan yang berhubungan dengan warisan;
(e) untuk membenarkan, memantau dan mengawasi penggalian
bagi maksud warisan;
(f) untuk menyenggarakan dokumen-dokumen yang
berhubungan dengan apa-apa penggalian, penjelajahan,
penjumpaan atau pencarian warisan;
(g) untuk menubuhkan dan menyenggarakan perhubungan
dan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Negeri berkenaan
dengan pemuliharaan dan pemeliharaan perkara-perkara
warisan;
(h) untuk menasihati dan menyelaraskan dengan pihak berkuasa
perancang tempatan, Majlis dan badan dan entiti lain di
semua peringkat bagi maksud melindungi, menggalakkan
dan berurusan dengan apa-apa warisan;
(i) untuk menggalakkan dan mengawal selia standard dan
amalan yang terpakai dalam pemuliharaan dan pemeliharaan
warisan;
(j) untuk menasihati Menteri berhubung dengan apa-apa
perkara berkenaan dengan pemuliharaan dan pemeliharaan
warisan;
(k) untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain di bawah Akta
ini sebagaimana yang diberikan oleh Menteri dari semasa
ke semasa; dan
(I) untuk melakukan semua perkara yang bersampingan dengan
atau berbangkit daripada penunaian kuasa dan fungsinya.
Kuasa Pesuruhjaya
7. Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, kuasa Pesuruhjaya
adalah seperti yang berikut:
(a) untuk membuat kontrak;
Warisan Kebangsaan 19
(b) untuk memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan
menikmati tiap-tiap jenis harta alih dan harta tak alih;
(c) untuk memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik,
memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis,
menyerahhakan semula, memindahkan hakmilik, atau
selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan
mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih dan
apa-apa kepentingan dalam apa-apa harta alih atau tak
alih, yang terletak hak pada Pesuruhjaya; dan
(d) untuk melakukan semua perkara yang semunasabahnya
perlu bagi pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini.

BAHAGIAN IV
MAJLIS WARISAN KEBANGSAAN
Penubuhan Majlis Warisan Kebangsaan
8. Maka hendaklah ditubuhkan Majlis Warisan Kebangsaan.
Fungsi Majlis
9. (1) Fungsi Majlis adalah —
(a) untuk menasihati Menteri dan Pesuruhjaya tentang segala
perkara yang berhubungan dengan warisan, dan pentadbiran
wajar dan penguatkuasaan undang-undang yang
berhubungan dengan warisan; dan
(b) untuk menasihati Menteri dan Pesuruhjaya tentang manamana
perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Menteri
atau Pesuruhjaya.
(2) Menteri dan Pesuruhjaya tidak terikat untuk bertindak atas
nasihat Majlis.
Keanggotaan Majlis
10. (1) Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
(a) Pengerusi, yang hendaklah dilantik oleh Menteri;
20 Rang Undang-Undang
(b) Ketua SetiausahaKementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan atau wakilnya;
(c) Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan atau wakilnya;
(d) Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa atau
wakilnya;
(e) Ketua Pengarah Jabatan Muzium dan Antikuiti atau
wakilnya;
(f) Pesuruhjaya; dan
(g) tidak lebih daripadaenam anggotalain, sekurang-kurangnya
seorang daripadanya ialah pegawai awam yang mempunyai
pengalaman atau kepakaran berhubung dengan pengurusan,
pemuliharaan atau pemeliharaan tapak dan objek semula
jadi atau warisan kebudayaan yang penting, yang hendaklah
dilantik oleh Menteri.
(2) Menteri boleh melantik mana-mana anggota Majlis untuk
melaksanakan fungsi Pengerusi —
(a) jika bagi apa-apa tempoh substansial Pengerusi tidak
berupaya, disebabkan sakit, cuti atau apa-apa sebab lain,
untuk melaksanakan fungsinya; atau
(b) semasa apa-apa tempoh kekosongan jawatan Pengerusi.
(3) Anggota yang dilantik sebagai Pengerusi di bawah
subseksyen (2) hendaklah, semasa tempoh dia melaksanakan fungsi
Pengerusi di bawah seksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi.
Setiausaha
11. Maka hendaklah ada seorang setiausaha kepada Majlis yang
hendaklah dilantik oleh Pesuruhjaya.
Tempoh jawatan
12. Tertakluk kepada seksyen 13, anggota yang dilantik di bawah
perenggan lO(a) atau (g) hendaklah, melainkan jika dia meletakkan
jawatannya terlebih dahulu atau pelantikannya terlebih dahulu
dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga
tahun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri pada masa
pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.
Warisan Kebangsaan 21
Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan anggota
13. (1) Pelantikan anggota di bawah perenggan lO(a) atau (g)
boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri.
(2) Seorang anggota yang dilantik di bawah perenggan lO(a)
atau (g) boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan
memberikan empat belas had notis bertulis yang ditujukan kepada
Menteri.
Pengosongan jawatan
14. Jawatan seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan
\0(a) atau (g) hendaklah menjadi kosong jika—
(a) dia meninggal dunia;
(b) telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan
atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan —
(i) kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau
keburukan akhlak;
(ii) kesalahan di bawah mana-mana undang-undang
yang berhubungan dengan rasuah; atau
(iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan
pemenjaraan (pemenjaraan sahaja atau sebagai
tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda)
selama lebih daripada dua tahun;
(c) dia menjadi bankrap;
(d) dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya
menunaikan kewajipannya;
(e) dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturutturut
tanpa kebenaran Pengerusi dan dalam hal Pengerusi
tanpa kebenaran Menteri;
(f) peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau
(g) pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.
22 Rang Undang-Undang
Pengisian kekosongan
15. Jika anggota yang dilantik di bawah perenggan \Q(a) atau (g)
terhenti menjadi anggota Majlis, Menteri boleh melantik seorang
lain untuk mengisi kekosongan bagi baki tempoh anggota yang
mengosongkan jawatan itu dilantik.
Mesyuarat Majlis
16. (1) Majlis hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu
dalam setahun bagi melaksanakan fungsinya.
(2) Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat
Majlis.
(3) Sesuatu mesyuarat Majlis hendaklah dipanggil oleh Pengerusi
melalui notis secara bertulis kepada anggota lain dan mesyuarat
itu hendaklah diadakan pada masa dan di tempat yang dinyatakan
dalam notis itu.
(4) Kuorum Majlis ialah lima orang.
(5) Keputusan Majlis hendaklah melalui undi majoriti, dan jika
terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah
mempunyai undi pemutus.
Tatacara mesyuarat
17. Tertakluk kepada Akta ini, Majlis hendaklah menentukan
tatacara mesyuaratnya sendiri.
Jawatankuasa
18. Majlis boleh menubuhkan jawatankuasa yang terdiri daripada
anggota Majlis atau orang yang bukan anggota Majlis atau gabungan
kedua-duanya untuk menasihati atau membantu Majlis atas apaapa
perkara berkenaan dengan fungsinya yang difikirkannya perlu
dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.
Warisan Kebangsaan 23
Saraan atau elaun
19. Anggota Majlis atau jawatankuasa boleh dibayar daripada
Kumpulan Wang apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang
boleh ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri
Kewangan.

BAHAGIAN V
KUMPULAN WANG WARISAN
Penubuhan Kumpulan Wang
20. (1) Bagi maksud Akta ini, suatu kumpulan wang yang dikenali
sebagai "Kumpulan Wang Warisan" ditubuhkan.
(2) Kumpulan Wang hendaklah dikawal, disenggarakan dan
dikendalikan oleh Pesuruhjaya.
(3) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
(a) apa-apa jumlah wang yang diuntukkan oleh Parlimen
daripada Kumpulan Wang Disatukan dan selainnya bagi
maksud Akta ini;
(b) segala wang yang diterima melalui derma, hadiah atau
pemberian;
(c) segala wang yang diperoleh daripada levi yang dikenakan
di bawah Akta ini;
(d) faedah yang diterima daripada pelaburan melalui deposit
tetap wang yang ada pada kredit Kumpulan Wang;
(e) pembayaran balik apa-apa pinjaman yang dibayar di bawah
Akta ini;
(f) segala wang yang ada pada kredit Kumpulan Wang yang
tidak diperlukan dengan segera bagi maksud Akta ini
sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri;
(g) segala wang yang dipinjam dengan keizinan Menteri
Kewangan bagi maksud Kumpulan Wang; dan
(h) segala wang atau harta lain yang boleh mengikut apa-apa
cara menjadi kena dibayar atau terletak hak pada
Pesuruhjaya berkenaan dengan apa-apa perkara yang
bersampingan dengan fungsi, kuasa atau kewajipannya.
24 Rang Undang-Undang
Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan
Wang
21. Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang
berikut:
(a) pembayaran bagi pembelian warisan dan kawasan
pemuliharaan mengikut Akta ini;
(b) pembayaran belanja yang dilakukan bagi —
(i) pemuliharaan dan pemeliharaan apa-apa warisan
dan kawasan pemuliharaan sama ada kawasan itu
dipunyai oleh Kerajaan atau selainnya;
(ii) menganjurkan kempen,penyelidikan,pembelajaran,
penerbitan bahan bagi perlindungan warisan dan
kawasan pemuliharaan; dan
(iii) pemuliharaan dan pemeliharaan mana-mana butiran
warisan dan aktiviti yang bersampingan dengannya;
(c) apa-apa pembayaran pemberian atau pinjaman di bawah
Akta ini; dan
(d) apa-apa pembayaran lain bagi maksud Akta ini.
Akaun dan audit
22. Pesuruhjaya hendaklah menyebabkan akaun yang sepatutnya
disimpan dan disenggarakan berkenaan dengan Kumpulan Wang
dan mematuhi peruntukan Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan
Tahunan) 1980 [Akta 240].

BAHAGIAN VI
DAFTAR WARISAN KEBANGSAAN
Daftar Warisan Kebangsaan
23. (1) Pesuruhjaya hendaklah mewujudkan dan menyenggarakan
suatu daftar yang dikenali sebagai Daftar Warisan Kebangsaan
sebagaimana yang ditetapkan yang mengandungi senarai butiran
warisan yang didaftarkan di bawah Akta ini.
Warisan Kebangsaan 25
(2) Pesuruhjaya hendaklah menjadikan Daftar tersedia untuk
pemeriksaan awam tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana
yang difikirkannya patut.
(3) Mana-mana orang boleh apabila dibayar fi yang ditetapkan
oleh Merited —
(a) memeriksa Daftar; dan
(b) membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada,
Daftar.

BAHAGIAN VII
TAPAK WARISAN
Bab 1 Penetapan tapak
warisan
Penetapan tapak warisan
24. Pesuruhjaya boleh menetapkan mana-mana tapak yang
mempunyai warisan semula jadi atau warisan kebudayaan yang
penting menjadi tapak warisan.
Tapak bersempadanan dan berdekatan
25. (1) Jika suatu tapak tidak mempunyai warisan semula jadi
atau warisan kebudayaan yang penting tetapi Pesuruhjaya berpuas
hati bahawa tapak itu patut ditetapkan sebagai tapak warisan
disebabkan oleh kedekatannya kepada dan untuk perlindungan dan
penambahbaikan tapak yang lain yang ditetapkan sebagai tapak
warisan di bawah seksyen 24, Pesuruhjaya boleh menetapkan tapak
itu sebagai tapak warisan.
(2) Apa-apa penetapan yang dibuat di bawah subseksyen (1)
hendaklah dibatalkan sekiranya penetapan tapak yang lain itu
dibatalkan.
Pemeriksaan tapak
26. (1) Pesuruhjaya boleh pada bila-bila masa memasuki sesuatu
tapak untuk memeriksa, meninjau, menyiasat atau menjalankan
apa-apa kerja yang perlu bagi maksud menentukan sama ada untuk
menetapkan tapak itu sebagai suatu tapak warisan.
26 Rang Undang- Undang
(2) Pemunya atau penduduk tapak hendaklah diberikan suatu
notis secara bertulis tidak kurang daripada tujuh hari dari apa-apa
kemasukan yang dicadangkan.
(3) Jika mana-mana orang membantah apa-apa kemasukan di
bawah subseksyen (1) atas alasan keprihatinan atau keagamaan,
kemasukan itu tidak boleh dilakukan kecuali dengan kebenaran
secara bertulis Pihak Berkuasa Negeri yang tapak itu terletak.
(4) Pesuruhjaya boleh membuat apa-apa perkiraan dengan
pemunya atau penduduk tapak bagi apa-apa kerugian atau
kerosakan yang dialami atau dikatakan telah dialami oleh pemunya
atau penduduk itu disebabkan oleh kemasukan di bawah
subseksyen (1).
(5) Mana-mana orang yang menghalang Pesuruhjaya atau enggan
membenarkan kemasukan ke dalam mana-mana tapak bagi
pemeriksaan, peninjauan, penyiasatan, atau untuk menjalankan apaapa
kerja di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
Notis kepada pemunya, dsb.
27. (1) Apabila penentuan dibuat untuk menetapkan suatu tapak
sebagai tapak warisan, Pesuruhjaya hendaklah, sekurang-kurangnya
enam puluh hari sebelum membuat penetapan itu, memberikan
suatu notis bertulis mengikut bentuk dan cara yang ditetapkan oleh
Pesuruhjaya kepada pemunya tapak tentang niat untuk mendaftarkan
tapak itu sebagai tapak warisan.
(2) Dengan seberapa segera yang mungkin selepas memberikan
notis di bawah subseksyen (1) Pesuruhjaya hendaklah —
(a) menyebabkan disiarkan dalam Warta dan akhbar
tempatan—
(i) suatu notis niat untuk menetapkan tapak itu sebagai
suatu tapak warisan; dan
(ii) apa-apa perkara lain yang membentuk atau yang
berhubungan dengan penetapan itu yang pada
pendapatnya wajar disiarkan; dan
Warisan Kebangsaan 27
(b) menfailkan suatu notis niat untuk menetapkan tapak itu
sebagai suatu tapak warisan di pejabat tanah tempat tapak
itu terletak.
Bantahan
28. Pemunya tapak atau mana-mana orang lain yang terjejas atau
berkemungkinan akan terjejas oleh penetapan tapak sebagai tapak
warisan boleh membuat bantahan terhadap penetapan tapak itu
dengan menyampaikan notis bantahan kepada Pesuruhjaya dalam
masa tiga puluh hari dari tarikh penyiaran notis di bawah
perenggan 27(2)(a).
Pendengaran
29. Jika notis bantahan penetapan tapak itu disampaikan mengikut
seksyen 28 Pesuruhjaya hendaklah menetapkan tarikh, masa dan
tempat untuk mendengar bantahan itu dan hendaklah, sekurangkurangnya
dua puluh satu hari sebelum tarikh pendengaran
menyampaikan notis pendengaran mengikut bentuk dan cara
sebagaimana yang ditetapkan oleh Pesuruhjaya, kepada pihak yang
membantah dan pemunya tapak.
Keizinan Pihak Berkuasa Negeri
30. Jika sesuatu tapak terletak di dalam suatu Negeri,
Pesuruhjaya hendaklah memperoleh keizinan Pihak Berkuasa
Negeri bagi Negeri itu sebelum apa-apa penetapan dibuat.
Keputusan Pesuruhjaya
31. ( 1 ) Apabila Pesuruhjaya, selepas mendengar keterangan
pihak-pihak, jika ada, berpuas hati bahawa—
(a) tapak itu ialah warisan kebudayaan yang penting; dan
(b) Pihak Berkuasa Negeri telah memberikan keizinannya
di bawah seksyen 30, dia hendaklah —
(i) menetapkan tapak itu sebagai tapak warisan;
28 Rang Undang-Undang
(ii) merekodkan tapak warisan itu dalam Daftar; dan
(iii) memberi pemunya suatu notis bertulis mengenai
keputusan Pesuruhjaya itu.
(2) Dengan seberapa segara yang mungkin selepas keputusan
dibuat di bawah subseksyen (1), Pesuruhjaya hendaklah —
(a) menyebabkan disiarkan dalam Warta dan akhbar
tempatan—
(i) suatu notis bahawa tapak itu telah ditetapkan
sebagai tapak warisan; dan
(ii) apa-apa perkara lain yang membentuk atau yang
berhubungan dengan penetapan itu yang pada
pendapatnya wajar disiarkan; dan
(b) memfailkan suatu notis di pejabat tanah tempat tapak
warisan itu terletak yang memaklumkan bahawa tapak
itu telah ditetapkan sebagai tapak warisan.
(3) Jika Pesuruhjaya membuat keputusan tidak meneruskan
penetapan tapak yang dicadangkan, dia hendaklah dengan sertamerta
memberitahu pemunya tapak dan pejabat tanah tempat tapak
itu terletak secara bertulis mengenai keputusan itu, dengan atau
tanpa rnemberikan apa-apa sebab.
Notis kepada pihak berkuasa perancang tempatan
32. Pesuruhjaya hendaklah memberitahu pihak berkuasa perancang
tempatan bagi kawasan pihak berkuasa tempatan tempat tapak
warisan itu terletak tentang penetapan tapak warisan itu supaya
pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah mengambil kira
apa-apa perkara, dasar, strategi atau pelan tindakan berhubung
dengan kepentingan tapak warisan itu dalam menyediakan apa-apa
rancangan pembangunan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan
itu di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 di
Semenanjung Malaysia atau undang-undang Negeri yang berkaitan
di Sabah dan Sarawak.
Warisan Kebangsaan 29
Bab 2
Perintah Perlindungan Interim
Pesuruhjaya boleh membuat Perintah Perlindungan Interim
33. (1) Apabila notis disampaikan kepada pemunya tapak di bawah
subseksyen 27(1) Pesuruhjaya boleh, dengan persetujuan Pihak
Berkuasa Negeri, mengeluarkan suatu Perintah Perlindungan Interim
berhubung dengan sesuatu tapak jika pada pendapat Pesuruhjaya
adalah perlu untuk berbuat demikian bagi maksud pemuliharaan
dan pemeliharaan tapak itu.
(2) Perintah Perlindungan Interim hendaklah mengandungi apaapa
syarat sebagaimana yang dinyatakan oleh Pesuruhjaya.
(3) Pesuruhjaya hendaklah menyebabkan Perintah Perlindungan
Interim disampaikan kepada pemunya tapak.
(4) Perintah Perlindungan Interim berkuat kuasa pada masa
penyampaian Perintah Perlindungan Interim itu.
(5) Pesuruhjaya boleh pada bila-bila masa membatalkan Perintah
Perlindungan Interim.
(6) Mana-mana orang yang melanggar Perintah Perlindungan
Interim melakukan suatu kesalahan.
(7) Pesuruhjaya boleh membuat apa-apa perkiraan dengan
pemunya atau penduduk tapak bagi apa-apa kerugian atau kerosakan
yang dialami atau dikatakan telah dialami oleh pemunya atau
penduduk itu disebabkan oleh Perintah Perlindungan Interim itu.
(8) Bagi maksud seksyen ini, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah
bererti Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri, mengikut
mana-mana yang berkenaan.
Tempoh Perintah Perlindungan Interim
34. (1) Perintah Perlindungan Interim hendaklah terus berkuat
kuasa—
(a) selama tempoh sembilan puluh had atau selama apa-apa
tempoh selanjutnya sebagaimana yang dilanjutkan oleh
Pesuruhjaya di bawah subseksyen (2); atau
30 Rang Undang-Undang
(b) sehingga—
(i) tapak itu ditetapkan sebagai tapak warisan;
(ii) Pesuruhjaya membuat keputusan tidak meneruskan
penetapan tapak yang dicadangkan; atau
(iii) Pesuruhjaya membatalkan Perintah Perlindungan
Interim.
(2) Pesuruhjaya boleh pada bila-bila masa melanjutkan tempoh
yang Perintah Perlindungan Interim terus berkuat kuasa.
(3) Notis pelanjutan hendaklah disampaikan mengikut cara yang
sama sebagaimana Perintah Perlindungan Interim disampaikan.
Kerja-kerja yang dibenarkan semasa Perintah Perlindungan
Interim
35. (1) Mana-mana orang yang terjejas oleh Perintah Perlindungan
Interim boleh memohon kepada Pesuruhjaya untuk menjalankan
apa-apa kerja atau aktiviti di atas tapak itu.
(2) Apabila permohonan diterima Pesuruhjaya boleh meluluskan
apa-apa kerja atau aktiviti yang munasabah di atas tapak itu dengan
syarat bahawa kerja atau aktiviti yang dicadangkan itu tidak
mengurangkan atau menjejaskan warisan kebudayaan yang penting
bagi tapak itu.
(3) Suatu kelulusan di bawah subseksyen (2) boleh tertakluk
kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Pesuruhjaya.
(4) Mana-mana orang yang tidak mematuhi mana-mana syarat
yang dikenakan di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan.
Bab 3
Vrusan yang melibatkan tapak warisan
Notis niat untuk menjual tapak warisan
36. Seorang pemunya tapak warisan yang membuat perjanjian
penjualan keseluruhan atau mana-mana bahagian tapak warisan,
hendaklah memberitahu Pesuruhjaya secara bertulis mengikut bentuk
Warisan Kebangsaan 31
yang ditetapkan maklumat tentang kewujudan perjanjian itu dalam
masa dua puluh lapan hari dari tarikh perjanjian itu.
Pertukaran pemunya tapak warisan
37. ( 1 ) Mana-mana orang yang membeli atau memperoleh
apa-apa tapak warisan hendaklah dalam masa dua puluh lapan hari
dari tarikh penyempurnaan pembelian atau pemerolehan itu,
memberitahu Pesuruhjaya secara bertulis tentang —
(a) nama dan alamat orang itu; dan
(b) sama ada orang itu berniat untuk menduduki tapak itu.
(2) Seseorang yang telah memberitahu Pesuruhjaya maklumat
di bawah subseksyen (1) hendaklah, dalam masa dua puluh lapan
hari dari apa-apa perubahan maklumat yang diberikan itu,
memberitahu Pesuruhjaya secara bertulis tentang perubahan itu.
Bab 4 Pemuliharaan dan
pemeliharaan tapak warisan
Jagaan tapak warisan
38. (1) Jika tapak warisan terletak di atas tanah beri hakmilik,
Pesuruhjaya boleh selepas berunding dengan Pihak Berkuasa
Negeri —
(a) membuat perkiraan dengan pemunya atau penduduk bagi
pemeriksaan, penyenggaraan, pemuliharaan dan
pemeliharaan tapak warisan itu;
(b) membeli atau memajakkan tapak warisan itu;
(c) memperoleh tapak warisan itu mengikut peruntukan
mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan
dengan pengambilan tanah bagi maksud awam; atau
(d) memindahkan keseluruhan atau mana-mana bahagian
bangunan atau monumen di atas tapak warisan itu.
32 Rang Vndang-Undang
(2) Jika pemunya atau penduduk bersetuju dengan apa-apa
perkiraan di bawah perenggan l(a), Pesuruhjaya boleh membuat
sumbangan bagi kos menjalankan apa-apa kerja pembaikan atau
pemuliharaan yang difikirkan perlu.
(3) Jika sumbangan bagi kos menjalankan kerja dibuat, kerja
itu hendaklah dijalankan mengikut arahan Pesuruhjaya.
(4) Pesuruhjaya hendaklah membayar apa-apa kerosakan yang
berlaku kepada tapak atau monumen itu akibat daripada pemindahan
mana-mana monumen di bawah perenggan l(d) dan boleh bersetuju
dengan pembayaran apa-apa pampasan kepada pemunya tapak itu.
(5) Apa-apa pertikaian tentang amaun pampasan hendaklah
dirujukkan kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad.
Pemeriksaan tapak warisan
39. (1) Pemunya atau penduduk suatu tapak warisan yang terletak
di atas tanah beri hakmilik hendaklah membenarkan Pesuruhjaya
atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa memasuki tapak itu
untuk memeriksa, meninjau, menyiasat atau menjalankan apa-apa
kerja yang perlu bagi pemuliharaan, pembaikan, penyenggaraan
dan pembersihan sebagaimana yang difikirkan suai manfaat atau
perlu.
(2) Pemunya atau penduduk hendaklah diberikan notis secara
bertulis tidak kurang daripada tujuh hari tentang apa-apa kemasukan
yang dicadangkan.
(3) Jika mana-mana orang membantah terhadap apa-apa
kemasukan di bawah subseksyen (1) atas alasan kepnhatinan atau
keagamaan, kemasukan itu tidak boleh dilakukan kecuali dengan
kebenaran secara bertulis Pihak Berkuasa Negeri tempat tapak
warisan itu terletak.
(4) Pemunya atau penduduk adalah berhak menuntut pampasan
bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau dikatakan
dialami olehnya oleh sebab kemasukan di bawah subseksyen (1).
(5) Apa-apa pertikaian tentang amaun pampasan hendaklah
dirujukkan kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad.
Warisan Kebangsaan 33
Permohonan bagi kebenaran merancang bagi tapak warisan
40. (1) Pesuruhjayahendaklahmenyelaraskandanmenasihatipihak
berkuasa perancang tempatan sebelum apa-apa kebenaran merancang
atau perintah pembangunan yang melibatkan tapak warisan
diberikan.
(2) Jika pihak berkuasa perancang tempatan merujukkan
apa-apa permohonan oleh mana-mana orang bagi kebenaran
merancang atau perintah pembangunan kepada Pesuruhjaya,
permohonan itu hendaklah mengandungi —
(a) butir-butir yang mencukupi untuk mengenal pasti monumen
yang dimaksudkan oleh permohonan itu, termasuk pelan
susun aturnya, pelan bangunan terukur dan fotograf
tiap-tiap sudutnya, termasuk bahagian luar dan bahagian
dalam monumen itu;
(b) apa-apa pelan dan lukisan yang lain sebagaimana yang
diperlukan untuk memperihalkan kerja yang menjadi
perkara permohonan itu;
(c) langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan
keselamatan tapak warisan dan tanah yang berdekatan;
dan
(d) apa-apa butir yang lain sebagaimana yang dikehendaki
oleh Pesuruhjaya.
(3) Bagi maksud perenggan 2(c), tanah yang berdekatan ertinya—
(a) mana-mana tanah yang bersempadanan dalam lingkungan
dua ratus meter dari sempadan tanah yang dimaksudkan
oleh permohonan di bawah seksyen ini;
(b) mana-mana tanah yang terpisah dari tanah yang
dimaksudkan oleh permohonan yang dibuat di bawah
seksyen ini oleh rnana-manajalan,lorong,parit atau tanah
rizab yang lebarnya tidak melebihi dua puluh meter dan
yang akan menjadi bersempadanan dengan tanah yang
dimaksudkan oleh permohonan itu jika tanah itu tidak
dipisahkan oleh jalan, lorong, park atau tanah rizab itu;
atau
34 Rang Undang-Undang
(c) mana-mana tanah yang terletak dalam lingkungan dua
ratus meter dari sempadan tanah yang dimaksudkan oleh
permohonan di bawah seksyen ini.
(4) Pesuruhjaya hendaklah menasihati pihak berkuasa perancang
tempatan supaya mengenakan syarat-syarat apabila memberikan
kebenaran merancang atau perintah pembangunan yang melibatkan
suatu tapak warisan yang boleh termasuk —
(a) menghendaki pematuhan mana-mana garis panduan dan
tatacara pemuliharaan yang dikeluarkan oleh Menteri;
(b) menghendaki pembayaran apa-apa kerosakan yang
disebabkan kepada mana-mana tapak warisan selepas kerja
yang dibenarkan oleh kebenaran merancang atau perintah
pembangunan itu selesai; atau
(c) menghendaki perlindungan dan pengekalan mana-mana
ciri tertentu tapak warisan itu.
(5) Jika kebenaran merancang diberikan, Pesuruhjaya hendaklah
berhubung, bekerjasama dan menyelaraskan dengan pihak berkuasa
perancang tempatan untuk memantau dan mengawasi terma dan
syarat yang dikenakan yang berhubungan dengan pemuliharaan
warisan dipatuhi.
(6) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana syarat yang
dikenakan di bawah subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan.
Perintah Pemeliharaan Monumen
41. (1) Jika Pesuruhjaya, dengan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri,
berpuas hati bahawa mana-mana monumen yang dianggap sesuai
untuk didaftarkan sebagai tapak warisan adalah dalam keadaan
usang atau dalam bahaya hampir dirobohkan, dimusnahkan,
dirosakkan atau diubah, Pesuruhjaya hendaklah menyampaikan
kepada pemunya monumen itu suatu Perintah Pemeliharaan Monumen
sementara menunggu kelulusan pendaftarannya.
(2) Perintah Pemeliharaan Monumen hendaklah mengandungi
apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan.
Warisan Kebangsaan 35
(3) Perintah Pemeliharaan Monumen hendaklah mula berkuat
kuasa sebaik sahaja Perintah itu disampaikan kepada pemunya
monumen itu.
(4) Perintah Pemeliharaan Monumen hendaklah terus berkuat
kuasa selama tempoh sembilan puluh hari dari tarikh Perintah itu
disampaikan dan boleh dilanjutkan oleh Pesuruhjaya selama
apa-apa tempoh masa yang difikirkannya patut.
(5) Walau apa pun subseksyen (4), Perintah Pemeliharaan
Monumen hendaklah terhenti berkuat kuasa—
(a) jika monumen i t u ditetapkan sebagai suatu tapak
warisan; atau
(b) jika Pesuruhjaya memutuskan tidak menetapkan monumen
itu sebagai suatu tapak warisan.
(6) Mana-mana orang yang melanggar Perintah Pemeliharaan
Monumen melakukan suatu kesalahan.
Kewajipan untuk menjaga tapak warisan dalam keadaan baik
42. (1) Pemunya suatu tapak warisan hendaklah memastikan bahawa
tapak warisan itu sentiasa dalam keadaan baik.
(2) Jika Pesuruhjaya berpuas hati bahawa langkah-langkah yang
munasabah tidak diambil bagi pemeliharaan sewajarnya monumen
itu, dia boleh menjalankan apa-apa kerja pembaikan, setelah
memberikan kepada mana-mana orang yang didapati oleh Pesuruhjaya
sebagai pemunya monumen itu dua minggu notis mengenai niatnya
untuk berbuat demikian, dan segala kos dan belanja yang
semunasabahnya dilakukan untuk menjalankan kerja itu hendaklah
dibayar ganti oleh orang itu.
Pembiayaan kerja pemuliharaan
43. (1) Seseorang pemunya tapak warisan boleh, bagi maksud
menjalankan apa-apa kerja pemuliharaan dan pemeliharaan di atas
tapak warisan itu memohon kepada Pesuruhjaya bagi apa-apa
pemberian atau pinjaman.
36 Rang Undang-Undang
(2) Pesuruhjaya boleh, selepas berunding dengan Majlis dan
Pihak Berkuasa Negeri, membuat perkiraan dengan pemunya sesuatu
tapak warisan untuk menjalankan apa-apa kerja pemuliharaan dan
pemeliharaan yang difikirkan sesuai oleh Pesuruhjaya.
(3) Pesuruhjaya boleh, dengan kelulusan Majlis, mengeluarkan
pemberian atau pinjaman yang akan dibayar daripada Kumpulan
Wang bagi kerja-kerja pemuliharaan dan pemeliharaan itu.
(4) Pesuruhjaya boleh, apabila memberikan pemberian atau
pinjaman itu, mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang
difikirkannya sesuai ke atas pemunya.
Kuasa untuk mengenakan fi masuk
44. (1) Seseorang pemunya tapak warisan boleh, dengan kelulusan
dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakan
oleh Pesuruhjaya, mengenakan fi masuk ke tapak warisan itu.
(2) Jika Pesuruhjaya telah menyumbang kepada belanja
pemuliharaan dan pemeliharaan mana-mana tapak warisan,
Pesuruhjaya boleh mengenakan suatu levi ke atas fi masuk yang
diterima oleh pemunya tapak warisan itu dan apa-apa levi yang
dibayar oleh pemunya itu hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan
Wang.
Bab 5
Kawasan pemuliharaan dan pelan pengurusan pemuliharaan
Kawasan pemuliharaan
45. (1) Jika suatu tapak ditetapkan sebagai tapak warisan, tapak
itu hendaklah pada tarikh penetapan itu menjadi kawasan
pemuliharaan dan hendaklah dipulihara dan dipelihara mengikut
pelan pengurusan pemuliharaan.
(2) Suatu kawasan pemuliharaan boleh—
(a) memasukkan zon penampan di sekeliling suatu pusat utama;
atau
Warisan Kebangsaan 37
(b) memasukkan zon penampan di sekeliling tapak yang telah
ditetapkan sebagai tapak warisan.
(3) Merited boleh, selepas berunding dengan Majlis, menentukan
zon penampan dan pusat utama itu.
Pelan pengurusan pemuliharaan
46. (1) Pesuruhjaya hendaklah, selepas berunding dengan Majlis,
menyediakan suatu pelan pengurusan pemuliharaan bagi
maksud —
(a) menggalakkan pemuliharaan, pemeliharaan, pemulihan
pembaikpulihan atau pembinaan semula suatu tapak
warisan;
(b) memastikan pengurusan wajar sesuatu tapak warisan
termasuk penggunaan dan pembangunan semua
bangunan dan tanah dalam tapak warisan itu dan
pemeliharaan persekitaran termasuk langkah-langkah
memperelok persekitaran hidup dari segi fizikal,
perhubungan, kesejahteraan sosio-ekonomi, pengurusan
lalu lintas dan penggalakan pertumbuhan ekonomi; dan
(c) menggalakkan skim bagi pendidikan, atau bagi bantuan
praktikal dan kewangan kepada, pemunya dan penduduk,
dan bagi penglibatan masyarakat dalam membuat
keputusan.
(2) Pesuruhjaya hendaklah dari semasa ke semasa mengemukakan
pelan pengurusan pemuliharaan itu kepada Pihak Berkuasa Negeri
atau pihak berkuasa perancang tempatan yang berkaitan, mengikut
mana-mana yang berkenaan, dan menasihati dan menyelaraskan
dengan Pihak Berkuasa Negeri atau pihak berkuasa perancang
tempatan bagi pelaksanaan pelan pengurusan pemuliharaan dan
garis panduannya.
(3) Pesuruhjaya hendaklah dari semasa ke semasa mengkaji
semula mana-mana pelan pengurusan pemuliharaan.
38 Rang Undang-Undang

BAHAGIAN VIII
OBJEK WARISAN
Bab 1
Penjumpaan objek
Penjumpaan objek
47. (1) Mana-mana orang yang menjumpai apa-apa objek yang
dia mempunyai sebab untuk mempercayai mempunyai warisan
kebudayaan yang penting hendaklah dengan serta-merta memberitahu
Pesuruhjaya, mana-mana pegawai yang diberi kuasa atau Pegawai
Daerah bagi daerah tempat objek itu dijumpai, dan jika boleh
dilaksanakan, menghantarkan objek itu kepada Pesuruhjaya, pegawai
yang diberi kuasa atau Pegawai Daerah yang hendaklah memberikan
suatu pengakuterimaan bertulis mengenainya.
(2) Jika Pegawai Daerah mempunyai sebab untuk mempercayai
bahawa mana-mana objek yang dijumpai di dalam kawasannya
mempunyai warisan kebudayaan yang penting, dia boleh melalui
notis secara bertulis menghendaki orang yang mempunyai milikan
objek itu menghantarkan objek itu kepadanya dengan serta-merta,
dan Pegawai Daerah itu apabila menerima objek itu hendaklah
memberikan pengakuterimaan bertulis dan hendaklah menyimpan
objek tersebut dengan selamat.
(3) Pegawai Daerah hendaklah menyampaikan pemberitahuan
di bawah subseksyen (1) atau notis bertulis di bawah
subseksyen (2) kepada Pesuruhjaya secepat yang dapat dilaksanakan.
(4) Mana-mana ejen, kontraktor atau pelaksana bagi Kerajaan
Persekutuan, Kerajaan Negeri atau pemunya tanah beri hakmilik
yang menjumpai di tapak projek apa-apa objek yang dia mempunyai
sebab untuk mempercayai bahawa objek itu mempunyai warisan
kebudayaan yang penting, maka ejen, kontraktor atau pelaksana
itu hendaklah melaporkan kepada Pesuruhjaya yang hendaklah
dengan serta-merta memeriksa objek itu.
(5) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (4)
melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda
tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Warisan Kebangsaan 39
Hak keempunyaan objek
48. (1) Mana-mana objek yang dijumpai selepas tarikh permulaan
kuat kuasa Akta ini hendaklah menjadi harta mutlak Kerajaan
Persekutuan dengan syarat bahawa jika objek itu dijumpai di atas
tanah beri hakmilik, pampasan boleh dibayar kepada pemunya
tanah itu.
(2) Seorang penilai warisan yang berwibawa boleh dilantik oleh
Pesuruhjaya untuk memutuskan nilai objek itu bagi maksud
menentukan amaun pampasan, dan keputusan penilai warisan yang
berwibawa itu adalah muktamad.
(3) Tiap-tiap objek yang sebelum tarikh permulaan kuat kuasa
Akta ini tidak dipunyai oleh mana-mana orang atau yang kawalannya
tidak terletak hak pada mana-mana orang sebagai pemegang amanah
atau pengurus, hendaklah disifatkan sebagai harta mutlak Kerajaan
Persekutuan.
(4) Semua objek yang belum dijumpai sama ada yang terletak
di atas atau yang tersembunyi di bawah permukaan tanah atau di
dalam mana-mana sungai atau di dalam laut, hendaklah disifatkan
sebagai harta mutlak Kerajaan Persekutuan tetapi jika objek tersebut
pada tarikh terkemudian didapati dijumpai di atas atau di dalam
tanah beri hakmilik peruntukan subseksyen (1) dan (2) hendaklah
terpakai.
(5) Dalam mana-mana prosiding undang-undang yang
berhubungan dengan tarikh penjumpaan objek mempunyai warisan
kebudayaan yang penting, maka hendaklah dianggap sebagai telah
dijumpai selepas permulaan tarikh kuat kuasa Akta ini sehingga
dibuktikan sebaliknya.
Pengisytiharan sebagai objek warisan oleh Pesuruhjaya
49. (1) Pesuruhjaya boleh mengisytiharkan dalam Warta apa-apa
objek yang mempunyai warisan kebudayaan yang penting sebagai
suatu objek warisan dan hendaklah menyebabkannya disenaraikan
dalam Daftar.
(2) Sebelum membuat pengisytiharan di bawah subseksyen (1),
keizinan pemunya objek itu hendaklah diperoleh dan bagi maksud
itu, Pesuruhjaya boleh memberi apa-apa peluang terlebih dahulu
40 Rang Undang-Undang
kepada pemunya untuk membuat representasi atau penghujahan
berhubung dengan pengisytiharan yang dicadangkan sebagaimana
yang boleh dilaksanakan dalam hal keadaan itu dan mengikut apaapa
cara yang ditetapkan.
(3) Pesuruhjaya boleh, mengikut cara yang sama sebagaimana
dalam subseksyen (1), meminda atau membatalkan Warta itu dan
dalam setiap hal pindaan atau pembatalan itu dia hendaklah
menyokong tindakannya dengan latar belakang dan sebab yang
perlu.
(4) Apabila objek itu disenaraikan dalam Daftar, objek itu
hendaklah menjadi objek warisan bermula dari tarikh pendaftarannya
dan hendaklah terhenti menjadi objek warisan apabila Pesuruhjaya
membatalkan pendaftarannya.
Bab 2
Permohonan bagi pendaftaran
Permohonan bagi pendaftaran objek warisan
50. (1) Mana-mana orang boleh memohon bagi sesuatu objek
didaftarkan sebagai objek warisan.
(2) Suatu permohonan bagi pendaftaran hendaklah dibuat mengikut
apa-apa bentuk dan disertakan dengan apa-apa dokumen atau
maklumat sebagaimana yang ditetapkan.
(3) Pesuruhjaya boleh pada bila-bila masa selepas menerima
permohonan di bawah subseksyen (1) dan sebeium permohonan
itu ditentukan, melalui suatu notis bertulis menghendaki pemohon
untuk memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan
sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Pesuruhjaya.
(4) Jika mana-mana dokumen atau maklumat tambahan yang
dikehendaki di bawah subseksyen (3) tidak diberikan oleh pemohon
dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa
pelanjutannya yang diberikan oleh Pesuruhjaya, permohonan itu
hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak boleh diteruskan
selanjutnya, tetapi tanpa menjejaskan permohonan yang baru dibuat
oleh pemohon.
Warisan Kebangsaan 41
(5) Suatu permohonan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik
pada bila-bila masa sebelum permohonan itu diluluskan atau ditolak.
Kelulusan atau penolakan permohonan bagi pendaftaran
51. (1) Jika Pesuruhjaya berpuas hati bahawa suatu objek
mempunyai warisan kebudayaan yang penting, dia hendaklah
raendaftarkan objek itu sebagai suatu objek warisan dalam Daftar
dan memberi pemohon suatu notis bertulis mengenai keputusan
Pesuruhjaya di bawah seksyen ini.
(2) Jika permohonan itu melibatkan suatu objek yang melekat
pada mana-mana tanah beri hakmilik, persetujuan Pihak Berkuasa
Negeri hendaklah diperoleh sebelum permohonan itu diluluskan.
(3) Jika permohonan itu melibatkan warisan kebudayaan tidak
ketara yang dalamnya hak cipta wujud, keizinan pemunya hak
cipta hendaklah diperoleh sebelum permohonan itu diluluskan.
(4) Suatu permohonan bagi pendaftaran yang diluluskan di bawah
seksyen ini boleh tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan
oleh Pesuruhjaya.
(5) Dengan seberapa segera yang mungkin selepas kelulusan
dalam subseksyen (4), Pesuruhjaya hendaklah menyebabkan disiarkan
dalam Warta suatu notis bahawa objek itu telah didaftarkan sebagai
suatu objek warisan dan mengenai apa-apa perkara lain yang
membentuk atau yang berhubungan dengan objek warisan itu yang
pada pendapatnya wajar disiarkan.
(6) Jika Pesuruhjaya menolak permohonan itu, dia hendaklah
dengan serta-merta memberitahu pemohon secara bertulis mengenai
penolakan itu dengan atau tanpa memberikan apa-apa sebab bagi
penolakan itu.
Perakuan pendaftaran
52. (1) Apabila sesuatu objek didaftarkan di bawah seksyen 51
Pesuruhjaya hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran
kepada pemunya.
42 Rang Undang-Undang
(2) Apabila objek warisan terhenti didaftarkan sebagai suatu
objek warisan, pemunya objek itu mesti menyerahkan perakuan
pendaftaran kepada Pesuruhjaya dalam masa tiga bulan dari tarikh
pemberhentian itu.
Bab 3
Pengurusan objek warisan
Pampasan bagi objek warisan tertentu
53. (1) Apabila dijumpai apa-apa objek yang mempunyai warisan
kebudayaan yang penting, Pesuruhjaya adalah berhak kepada jagaan
dan milikan objek itu bagi pihak Kerajaan Persekutuan dan hendaklah
bertanggungjawab untuk melindungi dan menyimpannya dengan
selamat.
(2) Jika Pesuruhjaya memutuskan untuk tidak menyimpan objek
itu, objek itu hendaklah dipulangkan kepada orang yang
menghantarkannya tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh
dikenakan oleh Pesuruhjaya.
(3) Apabila suatu objek disimpan oleh Pesuruhjaya atau jika
pada pendapat Pesuruhjaya bahawa objek itu patut dilindungi di
tempat ia dijumpai, Pesuruhjaya hendaklah mengikut budi bicaranya
membayar suatu amaun pampasan yang munasabah kepada—
(a) orang yang menjumpai;
(b) pemunya tanah beri hakmilik yang di dalamnya atau di
atasnya objek itu dijumpai; atau
(c) pemberi maklumat.
Penguntukan bahagian dalam warisan
54. Pesuruhjaya boleh membuat suatu perjanjian bertulis dengan
pemunya objek warisan bagi penguntukan bahagian dalam
objek itu sebagaimana yang dipersetujui oleh Pesuruhjaya dan
pemunya itu.
Warisan Kebangsaan 43
Pertikaian mengenai pampasan atau penguntukan
55. Jika terdapat apa-apa pertikaian berhubung dengan pampasan
yang hendaklah dibayar bagi apa-apa objek warisan atau penguntukan
bahagian dalam objek itu, pertikaian itu hendaklah dirujukkan
kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad.
Penjualan atau pelupusan objek warisan
56. (1) Pesuruhjaya boleh melalui notis secara bertulis menghendaki
mana-mana orang yang memiliki apa-apa objek warisan yang
disifatkan sebagai mustahak atau penting kepada negara, tidak
menjual atau melupuskan objek itu tanpa terlebih terdahulu mendapat
keizinan bertulis daripada Pesuruhjaya.
(2) Mana-mana orang yang menerima notis itu tidak boleh menjual
atau melupuskan apa-apa objek warisan dalam milikan atau jagaannya.
(3) Dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis di bawah
subseksyen (1) Pesuruhjaya hendaklah mempunyai hak pertama
untuk membeli objek warisan itu pada nilai yang boleh dipersetujui.
(4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan
suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi
sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
satu tahun atau kedua-duanya.
Notis niat untuk menjual atau memindahmilikkan objek warisan
57. Pemunya suatu objek warisan yang membuat suatu kontrak
untuk menjual atau memindahmilikkan objek warisan itu hendaklah
memberitahu Pesuruhjaya secara bertulis maklumat mengenai
kewujudan kontrak itu dalam masa dua puluh lapan hari dari tarikh
kontrak itu.
Pertukaran pemunya objek warisan
58. (1) Mana-mana orang yang membeli atau memperoleh suatu
objek warisan hendaklah, dalam masa dua puluh lapan hari dari
tarikh pembelian atau pemerolehan itu, memberitahu Pesuruhjaya
secara bertulis mengenai nama, butir-butir dan alamat pembeli
atau pemeroleh itu.
44 Rang Undang-Undang
(2) Apa-apa perubahan kepada rnaklumat di bawah
subseksyen (1) hendaklah diberitahu kepada Pesuruhjaya secara
bertulis dalam masa dua puluh lapan hari.
(3) Mana-mana orang yang melanggar peruntukan
subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh
apabila disabitkan didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau keduaduanya.
Pemuliharaan objek warisan
59. (1) Pemunya atau penjaga objek warisan hendaklah menyimpan
harta warisan itu dalam keadaan yang baik dan di tempat yang
selamat.
(2) Pemunya atau penjaga objek warisan hendaklah melaporkan
dengan serta-merta kepada Pesuruhjaya mengenai apa-apa
kehilangan atau kerosakan kepada objek warisan itu atau
mana-mana bahagiannya apabila diketahui kehilangan atau
kerosakan itu.
(3) Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)
atau (2) melakukan suatu kesalahan.
Pemuliharaan warisan kebudayaan tidak ketara
60. (1) Pemunya atau penjaga objek warisan dalam bentuk suatu
warisan kebudayaan tidak ketara hendaklah mengambil segala langkah
yang perlu untuk membangunkan, mengenai pasti, menghantar,
menyebabkan dilaksanakan dan memudahkan penyelidikan ke atas
warisan kebudayaan tidak ketara itu mengikut garis panduan dan
tatacara yang ditetapkan.
(2) Pesuruhjaya boleh membuat apa-apa perkiraan dengan
pemunya atau penjaga warisan kebudayaan tidak ketara itu bagi
pematuhan garis panduan dan tatacara yang ditetapkan.
Warisan Kebangsaan 45

BAHAGIAN IX
WARISAN KEBUDAYAAN DI BAWAH AIR
Penjumpaan warisan kebudayaan di bawah air
61. (1) Mana-mana orang yang menjumpai suatu warisan
kebudayaan di bawah air di dalam perairan Malaysia hendaklah,
secepat yang dapat dilaksanakan, memberikan notis mengenai
jumpaan itu kepada Pesuruhjaya atau pegawai pelabuhan.
(2) Pegawai pelabuhan apabila menerima notis itu hendaklah
secepat yang dapat dilaksanakan memberitahu, dan jika mungkin
menyerahkan warisan kebudayaan di bawah air itu kepada,
Pesuruhjaya.
(3) Pesuruhjaya boleh, apabila berpuas hati bahawa warisan
kebudayaan di bawah air mempunyai warisan kebudayaan yang
penting, menyebabkannya disenaraikan dalam Daftar.
(4) Mana-mana orang yang tidak memberikan notis di bawah
subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
Milikan, jagaan atau kawalan warisan kebudayaan di bawah
air boleh alih
62. (1) Jika didapati oleh Pesuruhjaya bahawa seseorang adalah
atau mungkin pernah mempunyai milikan, jagaan atau kawalan ke
atas apa-apa warisan kebudayaan di bawah air boleh alih atau
sebahagian daripada warisan kebudayaan di bawah air Pesuruhjaya
boleh, melalui notis secara bertulis kepada orang itu, menghendaki
orang itu dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu memberikan
kepadanya maklumat penuh mengenai warisan kebudayaan di bawah
air boleh alih itu.
(2) Jika orang itu telah terhenti mempunyai milikan, jagaan
atau kawalan ke atas warisan kebudayaan di bawah air boleh alih
itu, orang itu hendaklah memberi Pesuruhjaya butir-butir tentang
hal keadaan yang dia terhenti mempunyai milikan, jagaan atau
kawalan ke atas warisan kebudayaan di bawah air boleh alih itu.
46 Rang Undang-Undang
(3) Jika orang itu telah memindahmilikkan milikan, jagaan atau
kawalan ke atas warisan kebudayaan di bawah air boleh alih itu
kepada orang lain, dia hendakJah memberi Pesuruhjaya nama dan
alamat orang yang kepadanya milikan, jagaan atau kawalan warisan
kebudayaan di bawah air boleh alih itu dipindahmilikkan.
(4) Mana-mana orang yang tidak mematuhi mana-mana kehendak
di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
Pengisytiharan warisan kebudayaan di bawah air
63. (1) Jika Pesuruhjaya berpendapat bahawa mana-mana warisan
kebudayaan di bawah air terletak di dalam perairan Malaysia
mempunyai warisan kebudayaan yang penting tetapi berusia kurang
daripada satu ratus tahun, dia hendaklah menasihati Menteri dan
Menteri boleh melalui notis yang disiarkan dalam Warta
mengisytiharkan tapak atau objek itu sebagai warisan kebudayaan
di bawah air.
(2) Mana-mana tapak atau objek yang diisytiharkan sebagai
suatu warisan kebudayaan di bawah air hendaklah disenaraikan
dalam Daftar.
Zon yang dilindungi
64. (1) Menteri boleh atas nasihat Pesuruhjaya, mengisytiharkan
dalam notis yang disiarkan dalam Warta mana-mana kawasan
yang di dalamnya suatu warisan kebudayaan di bawah air terletak
sebagai zon yang dilindungi.
(2) Tiada seorang pun boleh menjalankan apa-apa aktiviti
di dalam zon yang dilindungi kecuali dengan kelulusan secara
bertulis daripada Pesuruhjaya.
(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan
suatu kesalahan.
Kerja salvaj dan penggalian hendaklah dilesenkan
65. (1) Tiada seorang pun boleh menjalankan apa-apa kerja salvaj
atau penggalian di dalam mana-mana perairan Malaysia bagi maksud
mencari apa-apa warisan kebudayaan di bawah air, kecuali dengan
lesen yang diberikan oleh Pesuruhjaya.
Warisan Kebangsaan 47
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan
suatu kesalahan.
Pemunyaan warisan kebudayaan di bawah air yang dijumpai
semasa pengukuran, salvaj atau penggalian
66. (1) Mana-mana warisan kebudayaan di bawah air yang dijumpai
semasa mana-mana kerja mengukur, salvaj atau penggalian hendaklah
terletak hak pada Pesuruhjaya dan hendaklah disenaraikan dalam
Daftar.
(2) Jika Pesuruhjaya mengambil milikan mana-mana warisan
kebudayaan di bawah air, dia hendaklah dalam masa empat puluh
lapan jam menyebabkan suatu senarai warisan kebudayaan
di bawah air ditampalkan di mana-mana pejabat pelabuhan
dalam daerah tempat warisan kebudayaan di bawah air itu
dijumpai.
(3) Mana-mana pemunya warisan kebudayaan di bawah air boleh,
apabila membuktikan tuntutannya sehingga Pesuruhjaya berpuas
hati, dalam masa satu tahun dari masa warisan kebudayaan di
bawah air itu menjadi milikan Pesuruhjaya, dan apabila dibayar fi
dan belanja salvaj yang kena dibayar, berhak untuk memiliki warisan
kebudayaan di bawah air i t u atas apa-apa terma dan syarat
sebagaimana yang dikenakan oleh Pesuruhjaya.
(4) Seseorang pemunya yang tidak mematuhi apa-apa terma
dan syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (3) melakukan
suatu kesalahan.
(5) Jika tiada pemunya membuktikan suatu tuntutan dalam
masa satu tahun, warisan kebudayaan di bawah air itu hendaklah
menjadi harta mutlak Kerajaan Persekutuan.
(6) Melainkan jika diarahkan selainnya oleh Menteri,
Pesuruhjaya boleh memelihara warisan kebudayaan di bawah air
secara in situ.
48 Rang Undang-Undang

BAHAGIAN X
WAR1SAN KEBANGSAAN
Pengisytiharan Warisan Kebangsaan
67. (1) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta,
mengisytiharkan mana-manatapak warisan, objek warisan, warisan
kebudayaan di bawah air yang disenaraikan dalam Daftar atau
mana-mana orang yang hidup sebagai suatu Warisan Kebangsaan.
(2) Dalam membuat pengisytiharan di bawah subseksyen (1)
Menteri boleh menimbangkan —
(a) kepentingan sejarah, hubungan dengan atau perhubungan
dengan sejarah Malaysia;
(b) ciri-ciri reka bentuk atau estetik;
(c) pembaharuan atau pencapaian saintifik atau teknikal;
(d) hubungan sosial atau kebudayaan;
(e) potensi untuk mendidik, menjelaskan atau menyediakan
penyiasatan saintifik lanjut berhubung dengan warisan
kebudayaan Malaysia;
(f) kepentingan dalam mempamerkan kekayaan, kepelbagaian
atau integrasi bentuk yang luar biasa;
(g) jarang tidaknya atau keunikan warisan semula jadi, warisan
budaya ketara atau tidak ketara atau warisan kebudayaan
di bawah air;
(h) gambaran bentuk suatu tapak atau objek sebagai sebahagian
daripada kelas atau jenis suatu tapak atau objek; dan
(i) apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan penentuan
warisan kebudayaan yang penting.
(3) Jika tapak, objek atau warisan kebudayaan di bawah air
terletak di atas tanah Negeri, Menteri hendaklah berunding dengan
Pihak Berkuasa Negeri sebelum membuat apa-apa pengisytiharan
di bawah subseksyen (1).
Warisan Kebangsaan 49
(4) Jika tapak, objek atau warisan kebudayaan di bawah air
terletak di atas tanah beri hakmilik atau dipunyai oleh mana-mana
orang selain Kerajaan Persekutuan atau suatu Kerajaan Negeri,
pemunya, penjaga atau pemegang amanah tapak itu, objek tidak
alih atau warisan kebudayaan di bawah air itu hendaklah diberitahu
sekurang-kurangnya tiga puluh hari sebelum tarikh pengisytiharan
dicadangkan itu,
(5) Jika pengisytiharan di bawah subseksyen (1) melibatkan
suatu warisan kebudayaan tidak ketara dan hak cipta masih wujud
dalam apa-apa kerja, keizinan pemunya hak cipta itu hendaklah
diperoleh sebelum apa-apa pengisytiharan dibuat.
(6) Jika pengisytiharan di bawah subseksyen (1) melibatkan
orang yang hidup, keizinan orang itu hendaklah diperoleh sebelum
apa-apa pengisytiharan dibuat.
(7) Suatu salinan perintah hendaklah disampaikan kepada
pemunya, penjaga atau pemegang amanah tapak, objek atau
warisan kebudayaan di bawah air atau kepada orang yang hidup
itu.
(8) Mana-mana orang yang membantah pembuatan pengisytiharan
di bawah subseksyen (1) boleh mengemukakan bantahan secara
bertulis kepada Menteri dalam masa tiga bulan dari tarikh
penyiarannya dan boleh memohon kepada Menteri bagi pembatalan
perintah itu.
(9) Menteri boleh, selepas dinasihati oleh Majlis, membatalkan
atau enggan membatalkan perintah itu dan keputusan itu adalah
muktamad.
Penamaan sebagai Warisan Kebangsaan
68. Mana-mana orang boleh menamakan kepada Menteri mengikut
bentuk yang ditetapkan apa-apa warisan semula jadi, warisan
kebudayaan ketara atau tidak ketara, orang yang hidup atau warisan
kebudayaan di bawah air untuk diisytiharkan sebagai Warisan
Kebangsaan.
50 Rang Undang-Undang
Pemunyaan atau pemilikan Warisan Kebangsaan
69. Mana-mana Warisan Kebangsaan yang dipunyai atau dimiliki
oleh mana-mana orang selain Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan
Negeri boleh terus berada dalam milikan pemunya, penjaga atau
pemegang amanahnya.
Pertukaran pemunyaan Warisan Kebangsaan
70. ( 1 ) Maka tidak boleh ada pertukaran berkenaan dengan
pemunyaan mana-mana Warisan Kebangsaan kecuali melalui —
(a) pewarisan; atau
(b) penjualan, dengan kelulusan Pesuruhjaya terlebih dahulu.
(2) Jika pemunya, penjaga atau pemegang amanah berniat untuk
menjual suatu Warisan Kebangsaan, pemunya, penjaga atau pemegang
amanah itu hendaklah memberi keutamaan kepada Pesuruhjaya
untuk membeli Warisan Kebangsaan itu pada nilai yang dipersetujui
atau atas arahan Pesuruhjaya untuk diuruskan mengikut apa-apa
cara yang difikirkan patut oleh Pesuruhjaya.
(3) Jika terdapat apa-apa pertikaian antara Pesuruhjaya dengan
pemunya mengenai pampasan yang munasabah bagi Warisan
Kebangsaan itu, pertikaian itu hendaklah dirujukkan kepada Menteri
yang keputusannya adalah muktamad.
(4) Jika suatu penjualan telah dilakukan menurut
perenggan (l)(b), pemunya, penjaga atau pemegang amanah
dan pembeli hendaklah memberitahu secara bertulis kepada
Pesuruhjaya dalam masa tiga puluh hari selepas pertukaran
pemunyaan dan Pesuruhjaya hendaklah menyebabkan dibuat
pindaan yang perlu dalam Daftar.
Penyenaraian Warisan Kebangsaan dalam Daftar
71. Pesuruhjaya hendaklah menyebabkan disenaraikan suatu
Warisan Kebangsaan yang diisytiharkan di bawah subseksyen 67(1)
dalam Daftar.
Warisan Kebangsaan 51
Pemuliharaan dan pemeliharaan Warisan Kebangsaan
72. (1) Menteri boleh mengenakan tatacara dan garis panduan
yang berlainan sebagaimana yang ditetapkan bagi pengurusan,
pemuliharaan dan pemeliharaan kategori yang berlainan bagi Warisan
Kebangsaan.
(2) Menteri boleh meluluskan apa-apa bantuan kewangan kepada
pemunya, penjaga atau pemegang amanah suatu Warisan Kebangsaan
bagi pematuhan mana-mana tatacara atau garis panduan yang
ditetapkan di bawah subseksyen (1).

BAHAGIAN XI
HARTA KARUN
Keseragaman undang-undang berkenaan dengan harta karun
73. Bahagian ini dibuat menurut Fasal 1 (b) Perkara 76 Perlembagaan
Persekutuan bagi maksud menggalakkan keseragaman undang-undang
bagi Negeri-Negeri di Malaysia yang berhubungan dengan harta
karun.
Notis penjumpaan harta karun
74. (1) Mana-mana orang yang menjumpai apa-apa harta karun
hendaklah, dengan serta-merta memberikan notis tentang penjumpaan
itu kepada Pesuruhjaya atau Pegawai Daerah bagi daerah tempat
harta karun itu dijumpai dan hendaklah menghantarkan harta karun
itu kepada Pegawai Daerah yang hendaklah mengaku penerimaannya.
(2) Pegawai Daerah yang menerima notis di bawah
subseksyen (1) hendaklah memberitahu tentang penjumpaan
harta karun itu kepada Pesuruhjaya tempat harta karun itu
dijumpai.
(3) Jika Pegawai Daerah mempunyai sebab untuk mempercayai
bahawa mana-mana harta karun telah dijumpai di dalam daerahnya
dan penjumpaan harta karun itu tidak diberitahu kepadanya di
bawah Akta ini, Pegawai Daerah itu hendaklah memberikan notis
secara bertulis menghendaki orang yang menjumpai atau orang
yang disyaki menjumpai atau pemunya atau penduduk tempat yang
harta karun itu dijumpai untuk hadir sendiri di hadapannya pada
52 Rang Undang-Undang
hari dan di tempat yang disebut dalam notis itu dan untuk
menghantarkan kepadanya harta karun atau yang disyaki sebagai
harta karun yang dijumpai sedemikian, dan Pegawai Daerah
hendaklah mengaku penerimaan.
Pemberitahuan bagi siasatan
75. (1) Pegawai Daerah hendaklah menyebabkan suatu notis
diberikan kepada orang yang menjumpai atau orang yang disyaki
menjumpai atau pemunya atau penduduk tempat yang harta karun
itu dijumpai atau orang lain yang menuntut harta karun atau manamana
bahagiannya yang menghendaki mereka hadir sendiri di hadapan
Pegawai Daerah pada hari dan di tempat yang disebut dalam notis
itu bagi maksud menyiasat untuk menentukan —
(a) sama ada apa-apa objek atau benda ialah harta karun;
(b) orang yang olehnya, tempat di mana, dan hal keadaan
yang di bawahnya, apa-apa harta karun itu dijumpai; dan
(c) seboleh-bolehnya orang yang olehnya, dan hal keadaan
yang di bawahnya, apa-apa harta karun disembunyikan.
(2) Hak orang yang disebut dalam subseksyen (1) ke atas harta
karun jika harta karun itu dijumpai sedemikian dilucuthakkan atas
kegagalan orang itu untuk hadir.
Masa yang dibenarkan bagi guaman oleh pihak menuntut
76. Jika, selepas suatu siasatan dibuat di bawah seksyen 15, Pegawai
Daerah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa harta karun
disembunyikan dalam masa lima puluh tahun sebelum tarikh
penjumpaan itu oleh orang yang hadir sebagaimana yang dikehendaki
oleh pemberitahuan tersebut dan menuntut harta karun itu, atau
oleh beberapa orang lain yang di bawahnya orang itu menuntut,
Pegawai Daerah hendaklah membuat suatu perintah yang
menangguhkan pendengaran kes itu selama apa-apa tempoh yang
difikirkannya mencukupi, untuk membenarkan suatu guaman
dimulakan dalam mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang
berwibawa oleh pihak menuntut untuk membuktikan haknya.
Warisan Kebangsaan 53
Bila harta karun boleh diisytiharkan tiada pemunya
77. ( 1 ) Jika-
(a) selepas apa-apa siasatan Pegawai Daerah mendapati tiada
sebab untuk mempercayai bahawa harta karun itu
disembunyikan sedemikian;
(b) suatu tempoh ditetapkan di bawah seksyen 76, tiada guaman
dimulakan dalam tempoh itu pada pengetahuan Pegawai
Daerah; atau
(c) apa-apa guaman dimulakan dalam apa-apa tempoh dan
tuntutan pihak menuntut yang akhirnya ditolak,
Pegawai Daerah itu boleh mengisytiharkan harta karun itu sebagai
tiada pemunya.
(2) Mana-mana orang yang terkilan dengan pengisytiharan yang
dibuat di bawah subseksyen (1) boleh merayu terhadap pengisytiharan
itu dalam masa dua bulan dari tarikh pengisytiharan itu kepada
Mahkamah Tinggi.
Apabila harta karun terletak hak pada Kerajaan Negeri
78. Apabila suatu pengisytiharan telah dibuat berkenaan dengan
mana-mana harta karun di bawah seksyen 77, harta karun itu
hendaklah terletak hak pada dan menjadi kepunyaan Kerajaan Negeri.
Pelupusan harta karun
79. Pihak Berkuasa Negeri boleh mengikut budi bicaranya membayar
sebagai hadiah kepada orang yang menjumpai apa-apa harta karun
dan kepada pemunya mana-mana tanah yang harta karun itu dijumpai,
apa-apa jumlah wang sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pihak
Berkuasa Negeri.
Kuasa Pesuruhjaya untuk memeriksa apa-apa harta karun
80. (1) Pesuruhjaya atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa
olehnya secara bertulis bagi maksud itu boleh pada bila-bila masa
yang munasabah memeriksa mana-mana harta karun yang berada
dalam milikan mana-mana orang,
54 Rang Undang-Undang
(2) Maka hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap orang itu untuk
membenarkan apa-apa pemeriksaan dan untuk memberikan kepada
Pesuruhjaya atau pegawai itu segala kemudahan yang munasabah
untuk mengkaji harta karun itu dan untuk membuat lukisan, fotograf
cetakan, perasan atau keluaran semula dengan membuat acuan
atau melalui apa-apa cara lain.
(3) Tiada apa-apa lukisan, fotograf, cetakan, perasan atau keluaran
semula di bawah subsekyen (2) boleh dijual tanpa keizinan orang
yang memiliki harta karun itu.
Kesalahan
81. Mana-mana orang yang merupakan orang yang menjumpai
mana-mana harta karun, tidak melaporkan penjumpaan harta karun
itu atau menyerahkan harta karun itu atau menyatakan hal keadaan
penjumpaan itu atau asal usul harta karun itu, atau dengan sengaja
membuat laporan palsu mengenai hal keadaan itu atau asal usul
itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda
tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Pelucuthakan tuntutan kepada dan kepentingan dalam harta
karun
82. (1) Mana-mana orang yang disabitkan atas mana-mana kesalahan
di bawah Bahagian ini berkenaan dengan mana-mana harta karun
hendaklah menurut sabitan itu tidak berhak kepada semua tuntutan
kepada atau kepentingan dalam harta karun itu atau nilai baginya
atau apa-apa hadiah yang berkaitan dengan penjumpaan itu, dan
dalam mana-mana hal sedemikian Majistret boleh memerintahkan
supaya harta karun itu diserahkan kepada Setiausaha Kerajaan
Negeri bagi pihak Pihak Berkuasa Negeri tempat harta karun itu
dijumpai dan dalam hal Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya kepada
Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan
Putrajaya, dan jika Majistret membuat perintah itu maka hendaklah
menjadi kewajipan mana-mana orang yang ada dalam milikannya
harta karun itu untuk menyerahkannya dengan sewajarnya.
Warisan Kebangsaan 55
(2) Negeri yang berkenaan boleh memerintahkan supaya
mana-mana harta karun yang dilucuthakkan di bawah seksyen ini
diserahkan kepada pemunya atau orang lain yang berhak kepadanya
atau dipulangkan kepada orang yang menjumpainya, mengikut
mana-mana yang berkenaan, atas apa-apa terma dan syarat yang
difikirkannya patut.

BAHAGIAN XII
PELESENAN
Bab 1
Eksport dan import butiran warisan
Lesen untuk mengeksport
83. (1) Tiada seorang pun boleh mengeksport apa-apa butiran
warisan melainkan jika suatu lesen untuk mengeksport telah diperoleh
daripada Pesuruhjaya.
(2) Pesuruhjaya tidak boleh mengeluarkan lesen sedemikian jika
pada pendapatnya butiran warisan yang berkenaan semunasabahnya
dipercayai menjadi mustahak atau penting kepada negara.
(3) Dalam permohonan bagi suatu lesen untuk mengeksport
apa-apa butiran warisan, pemohon hendaklah mengemukakan
perihalan, mengisytiharkan nilai dan memberikan apa-apa butir
yang berkaitan yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya dan hendaklah,
jika dikehendaki sedemikian, mendeposit apa-apa bahan warisan
itu kepada Pesuruhjaya untuk diperiksa.
(4) Tiada lesen boleh dikeluarkan kepada mana-mana orang
melainkan jika dia membuktikan sehingga Pesuruhjaya berpuas
hati bahawa dia ialah pemunya butiran warisan itu atau bahawa dia
bertindak bagi pihak dan dengan kuasa pemunya.
(5) Jika pegawai penguat kuasa atau pegawai kastam yang hak
mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa objek atau bahan
yang hendak dieksport itu ialah butiran warisan dan tanpa mempunyai
lesen eksport yang sah, dia hendaklah menahan objek atau bahan
itu dan dengan serta-merta memberitahu Pesuruhjaya dalam masa
dua puluh empat jam bagi penentuan objek atau bahan itu.
56 Rang Undang-Undang
(6) Jika Pesuruhjaya berpuas hati bahawa objek atau bahan itu
ialah butiran warisan dan yang adalah atau akan menjadi mustahak
atau penting kepada negara, dia boleh melarang pengeksportan
itu.
(7) Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen
(1) raelakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau
didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.
Pengimportan butiran warisan asing
84. (1) Seseorang yang berniatuntuk mengimport apa-apa butiran
warisan asing hendaklah memberitahu Pesuruhjaya dengan dokumen
yang memperakukan bahawa butiran warisan asing itu telah dibawa
keluar dari suatu negara asing secara sah.
(2) Jika terdapat sebab yang sah untuk mempercayai bahawa
sesuatu butiran warisan asing yang sedang dalam perjalanan atau
telah pun diimport telah dibawa keluar dari suatu negara asing
secara tidak sah, Pesuruhjaya boleh mengambil milikan butiran itu
dan menyimpannya dalam jagaan tetapi sebelum dia melaksanakan
tindakan itu dia hendaklah berunding dengan Menteri yang
keputusannya adalah muktamad.
(3) Jika suatu butiran warisan asing ditahan di bawah
subseksyen (2), Pesuruhjaya hendaklah menyimpan dan
menguruskannya sebagaimana yang difikirkannya patut.
(4) Jika apa-apa butiran warisan asing dibuktikan telah dibawa
keluar dari negara asing secara sah, Pesuruhjaya hendaklah tanpa
kelengahan memulangkannya kepada orang yang mengimport bahan
itu.
(5) Jika mana-mana negara telah membuktikan bahawa butiran
warisan asing itu telah dieksport secara tidak sah dan meminta
supaya butiran itu dipulangkan mengikut terma suatu triti, atau
apabila Pesuruhjaya melaksanakan kewajipan memulangkan butiran
itu mengikut suatu triti, dia hendaklah, dengan bantuan pihak berkuasa
yang berwibawa, mengambil langkah yang perlu untuk memulangkan
butiran itu kepada negara itu.
Warisan Kebangsaan 51
Menteri boleh menetapkan tatacara yang perlu
85. Jika suatu butiran warisan asing dibawa masuk ke Malaysia
mengikut apa-apa cara, Menteri boleh menetapkan tatacara dan
kaedah penyimpanan selamat yang perlu dan boleh mengarahkan
Pesuruhjaya supaya mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.
Bab 2 Lesen untuk
menggali
Penggalian objek warisan
86. (1) Tiada seorang pun boleh menggali mana-mana tanah bagi
maksud menjumpai sesuatu objek melainkan jika dia memegang
suatu lesen yang diberikan oleh Pesuruhjaya.
(2) Mana-mana orang yang meianggar subseksyen (1) melakukan
suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi
lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Permohonan bagi lesen untuk menggali
87. Suatu permohonan bagi lesen untuk menggali hendaklah—
(a) dibuat kepada Pesuruhjaya mengikut bentuk yang
ditetapkan; dan
(b) mengandungi perihalan penuh dan tepat mengenai tanah
yang di atasnya penggalian dicadangkan untuk dijalankan,
maksud, jenis dan takat penggalian yang dicadangkan
dan apa-apa butir lain sebagaimana yang dikehendaki.
Kelulusan atau penolakan lesen untuk menggali
88. (1) Pesuruhjaya boleh mengikut budi bicaranya meluluskan
atau menolak apa-apa permohonan bagi lesen untuk menggali.
(2) Tiada lesen di bawah subseksyen (1) boleh diluluskan
melainkan jika Pesuruhjaya berpuas hati —
(a) bahawa pemunya tanah tempat penggalian dicadangkan
dibuat telah mengizinkan penggalian itu;
58 Rang Undang-Undang
(b) bahawa penggalian yang dicadangkan itu tidak akan
menyebabkan apa-apa kerosakan atau gangguan kepada
orang yang tinggal berhampiran dengan tanah itu, atau
kepada mana-mana tempat yang digunakan bagi maksud
keagamaan, atau kepada mana-mana tanah perkuburan,
sekolah, punca atau bekalan air, kerja-kerja pengairan
atau saliran atau jalan awam, atau bahawa jika apa-apa
kerosakan mungkin berlaku peruntukan yang mencukupi
telah dibuat oleh pernohon bagi pembayaran pampasan;
dan
(c) bahawa pemohon boleh memberi jaminan bagi pematuhan
wajar olehnya apa-apa syarat yang dikenakan ke atas
lesen atau mana-mana peraturan sebagaimana yang
ditetapkan.
Terma dan syarat lesen
89. Suatu lesen yang diluluskan di bawah seksyen 88 adalah sah
selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam lesen itu dan tertakluk
kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan dalamnya.
Pelanjutan dan pembatalan lesen
90. (1) Apa-apa lesen untuk menggali boleh, pada bila-bila masa
sebelum habis tempoh yang baginya lesen itu diluluskan, dilanjutkan
oleh Pesuruhjaya bagi apa-apa tempoh selanjutnya sebagaimana
yang difikirkannya patut.
(2) Apa-apa lesen untuk menggali boleh, pada bila-bila masa
sebelum habis tempoh yang baginya lesen itu diluluskan, dibatalkan
oleh Pesuruhjaya sekiranya pemegang lesen itu melanggar
mana-mana terma atau syarat lesen itu atau pembatalan itu perlu
untuk melindungi kepentingan negara, kepentingan keselamatan
negara atau bagi maksud apa-apa dasar Kerajaan.
(3) Pemegang lesen tidak berhak menuntut pampasan bagi
apa-apa kerugian atau ganti rugi yang dialami atau yang dikatakan
telah dialami olehnya disebabkan oleh pembatalan di bawah
subseksyen (2).
(4) Bagi maksud seksyen ini, apa yang menjadi "kepentingan
negara", "kepentingan keselamatan negara" atau "dasar Kerajaan"
hendaklah ditentukan oleh Menteri atas syor Pesuruhjaya dan
penentuan itu adalah muktamad.
Warisan Kebangsaan 59
(5) Tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan Menteri di
bawah subseksyen (4).
Bab 3 Pendaftaran peniaga butiran
warisan
Peniaga berdaftar butiran warisan
91. (1) Tiada seorang pun boleh berurus niaga dalam apa-apa
butiran warisan melainkan jika dia ialah seorang peniaga berdaftar
dan memegang suatu perakuan pendaftaran yang diberikan oleh
Pesuruhjaya.
(2) Mana-mana orang yang melanggar peruntukan
subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila
disabitkan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima
tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau
kedua-duanya.
(3) Mana-mana orang boleh memohon kepada Pesuruhjaya untuk
didaftarkan sebagai peniaga berdaftar warisan kebudayaan mengikut
apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan.
(4) Pesuruhjaya boleh meluluskan atau menolak permohonan
itu.
Maklumat mengenai butiran warisan yang dicuri
92. (1) Apa-apa maklumat mengenai apa-apa butiran warisan yang
dicuri atau hilang yang telah diterima oleh polis hendaklah
disampaikan kepada Pesuruhjaya.
(2) Apabila menerima maklumat di bawah subseksyen (1)
Pesuruhjaya hendaklah memberitahu peniaga berdaftar senarai dan
perihalan butiran warisan yang dicuri atau hilang itu.
(3) Jika apa-apa harta yang menepati senarai dan perihalan berada
dalam milikan mana-mana peniaga berdaftar atau yang telah
ditawarkan atau ditunjukkan kepada mana-mana peniaga berdaftar,
dia hendaklah tanpa apa-apa kelengahan memberikan maklumat
yang bermaksud sedemikian di balai polis yang paling hampir atau
kepada mana-mana pegawai polis, dengan nama dan alamat orang
yang daripadanya dia memperoleh atau yang menawarkan atau
menunjukkan kepadanya butiran warisan yang dicuri atau hilang
itu.
60 Rang Undang-Undang
(4) Mana-mana peniaga berdaftar yang tidak memberikan
maklumat yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) melakukan
suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi
lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
enam bulan atau kedua-duanya.
(5) Peniaga berdaftar dalam hal itu boleh menahan orang yang
menawarkan atau menunjukkan butiran itu kepadanya sehingga
ketibaan polis.
Laporan penjualan atau pembelian butiran warisan
93. (1) Tiap-tiap peniaga berdaftar yang berurus niaga butiran
warisan hendaklah, apabila dikehendaki sedemikian melalui perintah
secara bertulis oleh Pesuruhjaya, berkenaan dengan apa-apa tempoh
dan mengikut apa-apa cara yang dinyatakan dalam perintah itu,
melaporkan secara bertulis kepada pegawai yang diberi kuasa yang
paling hampir butir-butir penuh mengenai apa-apa butiran warisan
yang telah dibelinya atau dijualnya dengan harga yang dibayar dan
nama serta alamat penjual atau pembeli butiran warisan itu, mengikut
mana-mana yang berkenaan.
(2) Laporan itu hendaklah ditulis dengan jelas dalam bahasa
kebangsaan atau bahasa Inggeris.
(3) Mana-mana peniaga berdaftar yang, tanpa alasan yang
munasabah, tidak mematuhi perintah itu melakukan suatu kesalahan
dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi dua puluh
ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua
tahun atau kedua-duanya.
Pegawai penguat kuasa boleh memasuki dan menggeledah premis
perniagaan peniaga berdaftar, dsb.
94. Mana-mana pegawai penguat kuasa boleh memasuki
mana-mana premis perniagaan peniaga berdaftar pada bila-bila
masa dan boleh menggeledah tanpa waran premis itu yang dia
mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa apa-apa butiran warisan
yang dicuri atau hilang dijumpai di premis itu.
Warisan Kebangsaan 61
Penyerahan kepada pemunya
95. (1) Jika mana-mana orang disabitkan atas suatu kesalahan di
dalam mana-mana mahkamah di bawah Bab XVII Kanun Keseksaan
[Akta 574] berkenaan dengan mana-mana butiran warisan dan ternyata
pada mahkamah bahawa butiran warisan itu telah dijual kepada
seorang peniaga berdaftar, mahkamah, apabila dibuktikan
keempunyaan harta itu, boleh, jika difikirkannya patut,
memerintahkan supaya butiran warisan itu diserahkan kepada
pemunya itu sama ada dengan membayar kepada peniaga berdaftar
amaun harga pembelian atari apa-apa bahagiannya atau tanpa
membayar amaun harga pembelian itu atau apa-apa bahagiannya
sebagaimana yang difikirkan sesuai dan patut oleh Mahkamah.
(2) Mahkamah boleh menangguhkan prosiding itu bagi kehadiran
peniaga berdaftar itu dan boleh memanggil peniaga berdaftar itu
supaya hadir pada pendengaran yang ditangguhkan itu bagi penentuan
di bawah subseksyen (1).

BAHAGIAN XIII
RAYUAN
Rayuan
96. (1) Mana-mana orang boleh, dalam masa tiga puluh hari dari
tarikh pemberitahuan keputusan Pesuruhjaya, merayu secara bertulis
kepada Menteri jika orang itu terkilan —
(a) oleh keputusan Pesuruhjaya untuk menetapkan atau tidak
menetapkan sesuatu tapak sebagai tapak warisan di bawah
seksyen 31;
(b) oleh pengeluaran Perintah Perlindungan Interim di bawah
seksyen 33;
(c) oleh pengeluaran Perintah Pemeliharaan Monumen di
bawah seksyen 41;
(d) oleh keputusan Pesuruhjaya untuk meluluskan atau menolak
permohonan untuk mendaftarkan suatu objek sebagai objek
warisan di bawah seksyen 51; atau
(e) oleh penolakan Pesuruhjaya untuk meluluskan apa-apa
lesen di bawah seksyen 83 atau 86 atau apa-apa pendaftaran
di bawah seksyen 91.
62 Rang Undang-Undang
(2) Menteri boleh mengesahkan, mengakas atau mengubah
keputusan yang dirayukan terhadap dan, dalam mengesahkan,
mengakas atau mengubah keputusan itu, boleh mengenakan
apa-apa terma atau syarat yang difikirkannya adil atau perlu.
(3) Sebelum membuat apa-apa keputusan di bawah
subseksyen (2), Menteri boleh merujukkan perkara itu kepada Majlis.
(4) Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad.
(5) Jika keputusan itu diakas atau diubah, butir-butir pengakasan
atau pengubahan itu hendaklah dimasukkan ke dalam Daftar.

BAHAGIAN XIV
KUASA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PENGUATKUASAAN,
PENYITAAN, PENANGKAPAN, DSB.
Pelantikan pegawai penguat kuasa
97. Menteri boleh melantik apa-apa bilangan pegawai penguat
kuasa yang perlu bagi maksud Akta ini dan peraturan-peraturan
yang dibuat di bawah Akta ini.
Kuasa untuk menyiasat
98. Seseorang pegawai penguat kuasa atau seseorang pegawai
polis hendaklah mempunyai kuasa untuk menyiasat apa-apa kesalahan
di bawah Akta ini.
Kad kuasa
99. (1) Maka hendaklah dikeluarkan kepada setiap pegawai penguat
kuasa suatu kad kuasa yang hendaklah ditandatangani oleh Menteri.
(2) Bilamana seseorang pegawai penguat kuasa menjalankan
mana-mana kuasa di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan
yang dibuat di bawah Akta ini, dia hendaklah, apabila diminta,
mengemukakan kepada orang yarrg terhadapnya kuasa itu sedang
dijalankan kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya di bawah
subseksyen (1).
Warisan Kebangsaan 63
Penggeledahan dan penyitaan dengan waran
100. (1) Jika ternyata pada Majistret, berdasarkan maklumat
bertulis dengan bersumpah dan selepas apa-apa siasatan sebagaimana
yang difikirkannya perlu, bahawa ada sebab yang munasabah untuk
mempercayai bahawa—
(a) mana-mana premis telah digunakan atau akan digunakan
bagi; atau
(b) ada di dalam mana-mana premis keterangan yang perlu
bagi penjalanan penyiasatan mengenai,
pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan
yang dibuat di bawah Akta ini, Majistret boleh mengeluarkan
suatu waran yang memben kuasa kepada pegawai penguat kuasa
atau pegawai polis yang dinamakan dalam waran itu, pada
bila-biia masa yang munasabah sama ada pada siang atau malam
hari dan dengan atau tanpa bantuan, memasuki premis itu, jika
perlu dengan kekerasan.
(2) Waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh
memberi kuasa kepada pegawai penguat kuasa atau pegawai polis
untuk menggeledah premis itu bagi mencari, dan untuk menyita
dan mengalihkan dari premis itu —
(a) apa-apa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain
yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah atau
disyaki telah dilakukan; dan
(b) apa-apa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain
yang semunasabahnya dipercayai memberi keterangan
tentang pelakuan kesalahan itu.
(3) Seseorang pegawai penguat kuasa atau pegawai polis yang
bertindak di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh —
(a) memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam premis
itu atau mana-mana pagar, kepungan, pagar pintu atau
halangan lain ke premis itu, untuk masuk ke dalam premis
itu;
(b) mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada
kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pengalihan
yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya di bawah
subseksyen (1) atau (2); dan
64 Rang Undang-Undang
(c) menahan tiap-tiap orang yang ditemui di dalam premis
itu sehingga penggeledahan itu selesai.
Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran
101. Bilamana seseorang pegawai penguat kuasa atau pegawai
polis mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa
apa-apa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang berkenaan
dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana
peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dilakukan mungkin
dijumpai di dalam atau di mana-mana tempat, premis, pada orang,
di dalam mana-mana kenderaan, vesel atau alat pengangkutan dan
bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh waran di bawah
seksyen 100 matlamat penggeledahan mungkin terkecewa, dia boleh,
tanpa waran, dengan apa-apa bantuan dan kekerasan sebagaimana
yang perlu —
(a) memasuki dan menggeledah tempat atau premis itu;
(b) memberhentikan dan memeriksa orang, kenderaan, vesel
atau alat pengangkutan itu; dan
(c) menyita apa-apa objek, bahan, buku, dokumen atau benda
lain yang mungkin dijumpai dan boleh menjadi keterangan
tentang pelakuan kesalahan itu.
Pemeriksaan orang
102. Tiada seorang pun boleh diperiksa kecuali oleh seorang lain
yang sama jantinanya dengan orang itu, dan pemeriksaan itu
hendaklah dijalankan dengan penuh kesopanan.
Penyitaan benda, dsb.
103. Tanpa menjejaskan subseksyen 100(2) dan seksyen 101,
apa-apa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang
semunasabahnya disyaki oleh seseorang pegawai penguat kuasa
atau pegawai polis telah digunakan atau akan digunakan dalam
pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana
peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh disita dan ditahan
oleh pegawai penguat kuasa atau pegawai polis itu.
Warisan Kebangsaan 65
Notis penyitaan
104. (1) Jika apa-apa penyitaan dibuat di bawah Bahagian ini,
pegawai penguat kuasa atau pegawai polis yang membuat penyitaan
itu hendaklah menyediakan suatu senarai tiap-tiap objek, bahan,
buku, dokumen atau benda lain yang disita dan tempat objek,
bahan, buku, dokumen atau benda lain itu telah dijumpai dan
hendaklah menandatangani senarai itu.
(2) Senarai yang disediakan mengikut subseksyen (1) hendaklah
diserahkan dengan serta-merta kepada penghuni tempat atau
premis tempat objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang
disita itu dijumpai.
(3) Jika penyitaan itu dibuat di dalam atau dari mana-mana
tempat atau premis yang tidak dihuni, pegawai penguat kuasa atau
pegawai polis yang membuat penyitaan itu hendaklah bilamana
mungkin menampalkan supaya mudah dilihat suatu senarai benda
yang disita itu di tempat atau premis itu.
(4) Jika apa-apa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain
disita selain di dalam atau dari mana-mana tempat atau premis,
pegawai penguat kuasa atau pegawai polis yang membuat penyitaan
itu hendaklah memberikan suatu notis secara bertulis mengenai
penyitaan itu dan alasan-alasan penyitaan itu kepada pemunya
objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang disita itu dengan
menyerahkan suatu salinan notis itu kepada pemunya itu sendiri
atau melalui pos ke tempat perniagaan atau kediamannya.
(5) Notis di bawah subseksyen (4) tidak perlu diberikan jika
penyitaan itu dibuat dalam kehadiran atau dengan pengetahuan
pemunya itu.
Kuasa penangkapan
105. (1) Mana-mana pegawai penguat kuasa atau pegawai polis
boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang
semunasabahnya dipercayainya telah melakukan atau cuba melakukan
suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang
dibuat di bawah Akta ini.
66 Rang Undang-Undang
(2) Seseorang pegawai penguat kuasa yang membuat penangkapan
di bawah subseksyen (1) hendaklah tanpa kelengahan yang tidak
perlu menyerahkan orang yang ditangkap sedemikian kepada pegawai
polis yang paling hampir atau, jika tiada pegawai polis, membawa
orang itu ke balai polis yang paling hampir, dan sesudah itu orang
itu hendaklah diperlakukan sebagaimana yang diperuntukkan oleh
undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang
sedang berkuat kuasa seolah-olah dia ditangkap oleh seorang pegawai
polis.
Menghalang penggeledahan, dsb.
106. Mana-mana orang yang —
(a) mengamang,menggalang, menghalang atau melengahkan
mana-mana pegawai penguat kuasa dalam melaksanakan
apa-apa kemasukan yang berhak dilaksanakan olehnya di
bawah Akta ini, atau dalam pelaksanaan apa-apa tugas
yang dipertanggungkan atau apa-apa kuasa yang diberikan
oleh Akta ini; atau
(b) tidak mematuhi apa-apa permintaan sah daripada seseorang
pegawai penguat kuasa yang bertindak melaksanakan
tugasnya di bawah seksyen 105,
melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi
sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui
kes
107. (1) Seseorang pegawai penguat kuasa yang membuat siasatan
di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini boleh, melalui perintah secara bertulis, menghendaki manamana
orang yang pada hemat pegawai penguat kuasa itu mengetahui
fakta dan hal keadaan kes itu supaya hadir di hadapannya, dan
orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki.
(2) Jika mana-mana orang enggan hadir sebagaimana yang
dikehendaki oleh suatu perintah yang dibuat di bawah
subseksyen (1), pegawai penguat kuasa itu boleh melaporkan
keengganannya itu kepada Majistret yang hendaklah mengeluarkan
suatu waran untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana
yang dikehendaki oleh perintah itu.
Warisan Kebangsaan 67
Pemeriksaan orang yang mengetahui kes
108. (1) Seseorang pegawai penguat kuasa yang membuat
penyiasatan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang
dibuat di bawah Akta ini boleh memeriksa secara lisan mana-mana
orang yang dijangkakan mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu
dan hendaklah mengubah apa-apa pernyataan yang dibuat oleh
orang yang diperiksa sedemikian ke dalam bentuk bertulis.
(2) Orang itu adalah terikat untuk menjawab segala soalan
berhubung dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai
penguat kuasa, tetapi dia boleh enggan menjawab apa-apa soalan
yang jawapannya mungkin mendedahkan orang itu kepada suatu
pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.
(3) Seseorang yang membuat suatu pernyataan di bawah seksyen
ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang
benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat keseluruhannya
atau sebahagiannya bagi menjawab soalan-soalan itu.
(4) Seseorang pegawai penguat kuasa yang memeriksa seseorang
di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu mernaklumkan
orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).
(5) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di
bawah seksyen ini hendaklah, bilamana mungkin, diubah ke dalam
bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya
atau dicapkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang
berkenaan, selepas —
(a) pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa
pernyataan itu dibuat olehnya; dan
(b) dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan
yang dia mahu.
Kebolehterimaan pernyataan orang tertuduh
109. (1) Dalam mana-mana perbicaraan atau siasatan oleh sesuatu
mahkamah tentang suatu kesalahan di bawah Akta ini, apa-apa
pernyataan, sama ada pernyataan itu terjumlah kepada suatu
pengakuan salah atau tidak, secara lisan atau bertulis, yang dibuat
pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu
68 Rang Undang-Undang
dipertuduh dan sama ada semasa penyiasatan atau tidak dan sama
ada atau tidak keseluruhannya atau sebahagiannya pada menjawab
soalan, oleh seseorang orang tertuduh kepada atau dengan didengar
oleh mana-mana pegawai penguat kuasa atau pegawai polis, sama
ada atau tidak diterjemahkan kepadanya oleh mana-mana pegawai
penguat kuasa atau pegawai polis lain atau mana-mana orang lain,
sama ada yang terlibat atau tidak dalam penangkapan orang itu,
hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau
rukun undang-undang yang berlawanan, boleh diterima sebagai
keterangan dalam perbicaraan orang itu dan, jika orang itu
mengemukakan dirinya sebagai saksi mana-mana, pernyataan
sedemikian boleh digunakan dalam pemeriksaan balas dan bagi
maksud mencabar kebolehpercayaannya.
(2) Tiada pernyataan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh
diterima atau digunakan sebagaimana yang diperuntukkan dalam
subseksyen itu jika pembuatan pernyataan itu ternyata pada
mahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau
janji yang berkaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu yang
datang daripada orang yang berkuasa dan mencukupi, pada pendapat
mahkamah itu, untuk memberi orang itu alasan yang pada
pendapatnya munasabah untuk menjangkakan bahawa dengan
membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa faedah atau
mengelakkan apa-apa durjana keduniaan berkaitan dengan prosiding
terhadapnya,
(3) Jika mana-mana orang ditangkap atau dimaklumkan bahawa
dia mungkin didakwa atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini,
hendaklah disampaikan kepadanya suatu notis secara bertulis, yang
hendaklah diterangkan kepadanya yang bermaksud seperti yang
berikut:
"Kamu telah ditangkap/dimaklumkan bahawa kamu mungkin
didakwa atas ... (kesalahan di bawah Akta ini yang mungkin
dipertuduhkan). Adakah kamu hendak menyatakan apa-apa? Jika
ada apa-apa fakta yang hendak kamu gunakan dalam pembelaan
kamu di mahkamah, kamu dinasihati supaya menyatakannya
sekarang. Jika kamu tidak menyatakannya sehingga kamu pergi
ke mahkamah, kemungkinan keterangan kamu akan kurang
dipercayai dan ini akan rnembawa kesan buruk kepada kes kamu
pada amnya. Jika kamu ingin menyatakan apa-apa fakta sekarang,
dan kamu mahu ia ditulis, ini akan dilakukan.".
Warisan Kebangsaan 69
(4) Walau apa pun subseksyen (3), sesuatu pernyataan oleh
mana-mana orang yang dituduh melakukan apa-apa kesalahan di
bawah Akta ini yang dibuat sebelum ada masa untuk menyampaikan
notis di bawah subseksyen itu tidaklah menjadi tidak boleh diterima
sebagai keterangan semata-mata kerana tiada notis sedemikian
telah disampaikan kepada orang itu jika notis sedemikian disampaikan
kepadanya dengan seberapa segera yang semunasabahnya mungkin
sesudah itu.
(5) Tiada pernyataan yang dibuat oleh seseorang orang tertuduh
pada menjawab notis bertulis yang disampaikan kepadanya menurut
subseksyen (3) boleh ditafsirkan sebagai pernyataan yang disebabkan
oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji sebagaimana yang
diperihalkan dalam subseksyen (2), jika pernyataan itu dibuat
selainnya dengan sukarela.
(6) Jika dalam mana-mana prosiding jenayah terhadap seseorang
atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, keterangan diberikan
bahawa tertuduh, apabila dimaklumkan bahawa dia mungkin didakwa
kerananya, gagal menyatakan apa-apa fakta, iaitu fakta yang dalam
hal keadaan yang wujud pada masa itu dia semunasabahnya dapat
dijangkakan akan menyatakannya apabila dimaklumkan sedemikian,
maka mahkamah, dalam menentukan sama ada pihak pendakwa
sudah membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan dalam
menentukan sama ada tertuduh bersalah atas kesalahan yang
dipertuduhkan, boleh membuat apa-apa kesimpulan daripada
kegagalan itu sebagaimana yang pada pendapatnya patut; dan
kegagalan itu boleh, berasaskan kesimpulan itu, dikira sebagai,
atau sebagai dapat terjumlah kepada, sokongan apa-apa keterangan
yang diberikan terhadap tertuduh yang berhubungan dengannya
kegagalan itu adalah suatu perkara matan.
(7) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (6) boleh, dalam
mana-mana prosiding jenayah —
(a) menjejaskan kebolehterimaan sebagai keterangan perbuatan
berdiam diri atau apa-apa reaksi lain tertuduh semasa
apa-apa jua dikatakan dalam kehadirannya berhubung
dengan kelakuan yang berkenaan dengannya dia dipertuduh,
setakat yang keterangan sedemikian akan boleh diterima
selain oleh sebab subseksyen itu; atau
(b) dikira sebagai menghalang pembuatan apa-apa kesimpulan
daripada apa-apa perbuatan berdiam diri atau reaksi lain
tertuduh yang dapat dibuat selain oleh sebab subseksyen
itu.
70 Rang Undang-Undang
Pelucuthakan benda, dsb., yang disita
110. (1) Apa-apa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain
yang disita di bawah Akta ini boleh dilucuthakkan.
(2) Jika apa-apa benda telah disita di bawah Akta ini pegawai
penguat kuasa boleh mengikut budi bicaranya memulangkan secara
sementara apa-apa benda itu kepada pemunya atas jaminan yang
diberikan yang memuaskan hatinya bahawa benda itu hendaklah
diserahkan kepadanya atas permintaan atau untuk dikemukakan di
hadapan mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa.
(3) Suatu perintah bagi pelucuthakan di bawah subseksyen (1)
hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati
bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan
yang dibuat di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa objek,
bahan, buku, dokumen atau benda lain itu merupakan hal perkara
bagi atau digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada
orang telah disabitkan atas kesalahan itu.
(4) Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa objek,
bahan, buku, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta
ini, objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu hendaklah
diambil dan disifatkan terlucut hak apabila habis tempoh satu
bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis ke alamat yang
terakhir diketahui orang yang daripadanya objek, bahan, buku,
dokumen atau benda lain itu disita yang menyatakan bahawa tiada
pendakwaan berkenaan dengan objek, bahan, buku, dokumen atau
benda lain itu, melainkan jika sebelum habis tempoh itu suatu
tuntutan baginya telah dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam
subseksyen (5), (6), (7) dan (8).
(5) Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya
objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang disebut
di bawah subseksyen (4) dan bahawa objek, bahan, buku, dokumen
atau benda lain itu tidak boleh dilucuthakkan boleh memberikan
sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis notis
bertulis kepada pegawai penguat kuasa atau pegawai polis yang
dalam milikannya objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain
itu dipegang bahawa dia menuntut objek, bahan, buku, dokumen
atau benda lain itu.
Warisan Kebangsaan 71
(6) Apabila notis yang disebut dalam subseksyen (5) diterima,
pegawai penguat kuasa atau pegawai polis itu hendaklah merujukkan
perkara itu kepada Majistret untuk mendapatkan suatu keputusan.
(7) Majistret yang kepadanya suatu perkara dirujukkan di bawah
subseksyen (6) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang
menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya
objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu dan orang yang
daripadanya objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu
disita hadir di hadapan Majistret itu, dan apabila mereka hadir atau
apabila mereka tidak hadir, setelah dibuktikan bahawa saman itu
telah disampaikan dengan sewajarnya, Majistret hendaklah
meneruskan pemeriksaan perkara itu.
(8) Jika dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini
atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah
dilakukan dan bahawa objek, bahan, buku, dokumen atau benda
lain yang disebut dalam subseksyen (7) merupakan hal perkara
bagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, maka
Majistret hendaklah memerintahkan supaya objek, bahan, buku,
dokumen atau benda lain itu dilucuthakkan dan hendaklah, jika
tiada bukti sedemikian, memerintahkan supaya objek, bahan, buku,
dokumen atau benda lain itu dilepaskan.
(9) Mana-mana objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain
yang dilucuthakkan atau disifatkan terlucut hak hendaklah
dihantarserahkan kepada pegawai penguat kuasa atau pegawai polis
dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Majistret.
(10) Jika apa-apa jua yang disita pada menjalankan kuasa yang
diberikan di bawah seksyen 100 atau seksyen 101 merupakan
daripada jenis yang mudah musnah atau jika jagaan benda itu
melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tidak munasabah,
Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya atau Penolong Pesuruhjaya
atau pegawai penguat kuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan,
boleh mengarahkan supaya benda itu dijual pada bila-bila masa
dan hasil jualan itu dipegang untuk mematuhi keputusan apa-apa
pendakwaan atau tuntutan di bawah seksyen ini.
72 Rang Undang-Undang
Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan
boleh didapatkan
112. Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan
mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa jua,
yang disita pada menjalankan atau berupa sebagai penjalanan manamana
kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak mendapat
kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan
jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.

BAHAGIAN XV
KESALAHAN
Kesalahan berkenaan dengan tapak warisan
112. (1) Tiada seorang pun boleh, tanpa kelulusan Pesuruhjaya
secara bertulis —
(a) mengorek, membina, menggali, membangun, menanam
pokok, menguari, mengairi, membakar kapur atau
mendeposit tanah atau sampah, di atas atau di tapak warisan
atau kawasan pemuliharaan;
(b) meroboh, mengganggu, menghalang, mengubah suai,
menanda, meruntuhkan atau mengalih mana-mana
monumen di mana-mana tapak warisan;
(c) mendirikan apa-apa bangunan atau struktur bersebelahan
dengan suatu monumen di dalam mana-mana tapak warisan;
(d) memusnahkan perhubungan antara suatu bangunan dengan
alam sekitarnya yang tidak selaras dengan ciri-ciri kejiranan
di mana-mana tapak warisan;
(e) membersihkan mana-mana kawasan atau mengganggu,
memusnahkan atau mengalih mana-mana pokok, tumbuhan
bawah, rumpai, rumput atau tumbuh-tumbuhan di
mana-mana tapak warisan; atau
(f) melakukan apa-apa aktiviti atau tindakan yang mungkin
menyebabkan kerosakan kepada tanah yang bersempadanan
dan tanah di sekitarnya yang telah didaftarkan sebagai
suatu tapak warisan.
Warisan Kebangsaan 73
(2) Mana-mana orang yang, tanpa kuasa yang sah, melanggar
subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila
disabitkan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun
atau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau keduaduanya.
(3) Mana-mana orang yang ada dalam milikan atau jagaannya
atau di bawah kawalannya, apa-apa bahan yang berasal daripada
tanah yang menjadi suatu warisan semula jadi atau warisan
kebudayaan, hendaklah dianggap sebagai telah diekstrak, dialih
atau diangkut atau dibenarkan pengekstrakan, pengalihan atau
pengangkutan warisan semula jadi atau warisan kebudayaan itu
tanpa kuasa yang sah.
(4) Mana-mana orang yang disabitkan atas suatu kesalahan di
bawah seksyen ini boleh diperintahkan untuk membayar, sebagai
tambahan kepada apa-apa hukuman yang dikenakan di bawah
subseksyen (2), pampasan yang bersamaan dengan nilai objek itu
dan bagi apa-apa jua yang dirosakkan semasa pengekstrakannya.
(5) Bagi maksud subseksyen (4), nilai apa-apa objek hendaklah,
sekiranya tidak ada keterangan yang bertentangan, disifatkan sebagai
apa-apa amaun sebagaimana yang diperakui oleh penilai Kerajaan
Persekutuan.
(6) Apa-apa jumlah yang diperintahkan untuk dibayar di bawah
subseksyen (4) boleh didapatkan seolah-olah ia merupakan suatu
denda yang dikenakan atas sabitan.
Kesalahan berkenaan dengan objek warisan
113. Mana-mana orang yang memusnahkan, merosakkan,
mencacatkan, melupuskan atau mengubah sesuatu warisan
kebudayaan ketara, tanpa suatu permit yang dikeluarkan oleh
Pesuruhjaya melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda
tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
Kesalahan berkenaan dengan Warisan Kebangsaan
114. (1) Tiada seseorang pun boleh, tanpa kelulusan bertulis
Pesuruhjaya, memindahkan, merobohkan, mengalihkan, mengubah,
mengubah elok, mengeksport, menambah kepada atau menguruskan
mana-mana Warisan Kebangsaan kecuali dalam hal keperluan yang
segera dan serta-merta bagi keselamatan orang atau harta.
74 Rang Undang-Undang
(2) Mana-rnana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan
suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi
lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

BAHAGIAN XVI
PELBAGAI
Pendakwaan
115. Tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa kesalahan di
bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis
Pendakwa Raya.
Bidang kuasa Mahkamah Majistret Kelas Pertama
116. Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam manamana
undang-undang bertulis yang berlawanan, Mahkamah Majistret
Kelas Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk
membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan boleh
menjatuhkan hukuman penuh bagi apa-apa kesalahan itu.
Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan
117. Jika seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah
Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini
ialah suatu pertubuhan perbadanan, maka tiap-tiap orang yang,
pada masa pelakuan kesalahan itu merupakan pengarah urusan,
pengurus atau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan
perbadanan itu, boleh dipertuduh bersesama dalam prosiding yang
sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu, dan jika pertubuhan
perbadanan itu disabitkan atas kesalahan yang dipertuduhkan, maka
tiap-tiap pengarah urusan, pengurus atau pegawai itu hendaklah
juga disifatkan telah melakukan kesalahan itu dan boleh dikenakan
penalti yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu, melainkan
jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa
pengetahuan, keizinan atau pembiarannya atau bahawa dia telah
mengambil langkah yang munasabah untuk mencegah pelakuannya.
Warisan Kebangsaan 15
Penalti am
118. (1) Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di
bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini yang tiada penalti diperuntukkan secara nyata boleh apabila
disabitkan didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau keduaduanya,
dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya dia boleh
didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
(2) Jika kesalahan yang dilakukan mengakibatkan kerosakan
kepada atau perobohan atau pembinasaan sesuatu butiran warisan,
mahkamah boleh memerintahkan orang itu membayar, sebagai
tambahan kepada apa-apa penalti yang dikenakan di bawah
subseksyen (1), kos pembaikan, pembaikpulihan atau pembinaan
semula butiran warisan itu.
Pengkompaunan kesalahan
119. (1) Pesuruhjaya boleh, dengan keizinan secara bertulis
Pendakwa Raya, mengkompaun mana-mana kesalahan yang
dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini atau manamana
peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dengan menerima
daripada orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan
kesalahan itu suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh
peratus daripada denda maksimum bagi kesalahan itu, dalam masa
yang dinyatakan dalam tawaran itu.
(2) Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada
bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apaapa
pendakwaan baginya dimulakan.
(3) Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran di bawah
subseksyen (1) tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam
tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh selanjutnya yang diberikan
oleh Pesuruhjaya, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan
pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya
tawaran itu dibuat.
76 Rang Undang-Undang
(4) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen
(1), tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan
kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk
mengkompaun telah dibuat dan jika pemilikan telah diambil terhadap
mana-mana buku, rekod atau dokumen lain atau apa-apa benda
lain, buku, rekod, dokumen atau benda itu boleh dilepaskan tertakluk
kepada apa-apa syarat yang dikenakan mengikut syarat kompaun.
(5) Amaun yang diterima di bawah seksyen ini hendaklah dibayar
ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang
Disatukan Persekutuan dan dalam hal kesalahan di bawah Bahagian
XI amaun yang diterima hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi
sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri.
Pekhidmat awam
120. Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya, Penolong Pesuruhjaya,
pegawai yang diberi kuasa, pegawai penguat kuasa, semua anggota
Majlis dan jawatankuasa, mana-mana anggota kakitangan atau ejen
Pesuruhjaya semasa menunaikan kewajipan mereka atau
melaksanakan fungsi mereka atau menjalankan kuasa mereka di
bawah Akta ini, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam
mengikut pengertian Kanun Keseksaan.
Kekebalan daripada tindakan undang-undang
121. Tiada prosiding undang-undang, pendakwaan atau bentuk
litigasi yang lain boleh dimulakan atau dikekalkan terhadap —
(a) Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya atau Penolong
Pesuruhjaya;
(b) mana-mana anggota Majlis;
(c) mana-mana pegawai yang diberi kuasa atau pegawai
penguat kuasa; atau
(d) mana-mana orang yang diambil bekerja di pejabat
Pesuruhjaya atau Majlis,
atas sifat peribadinya berkenaan dengan apa-apa perbuatan,
peninggalan, keputusan atau pernyataan yang dilakukan atau dibuat
bagi maksud atau bersampingan dengan pelaksanaan atau pelaksanaan
Warisan Kebangsaan 11
yang dicadangkan peruntukan Akta ini atau apa-apa peraturan yang
dibuat di bawah Akta ini melainkan jika perbuatan, peninggalan,
keputusan atau pernyataan itu telah dilakukan atau dibuat oleh
kecuaian atau keingkarannya yang disengajakan.
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
122. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan
atau presiding terhadap Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya, Penolong
Pesuruhjaya, pegawai yang diberi kuasa, pegawai penguat kuasa,
mana-mana anggota Majlis atau jawatankuasa, mana-mana anggota
kakitangan atau ejen Pesuruhjaya, atau Majlis berkenaan dengan
apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan
atau dibuat olehnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas
sifat yang sedemikian.
Pewakilan kuasa
123. Pesuruhjaya boleh secara am atau khusus memberi kuasa
bagi penjalanan, pelaksanaan atau penunaian mana-mana kuasa,
kewajipan atau fungsinya di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan
yang dibuat di bawah Akta ini kepada mana-mana pegawai yang
dilantik di bawah subseksyen 5(1).
Peraturan-peraturan
124. (1) Menteri boleh membuat apa-apa peraturan sebagaimana
yang suai manfaat atau perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan
Akta ini dengan lebih baik.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturanperaturan
boleh dibuat bagi kesemua atau mana-mana maksud
yang berikut:
(a) menetapkan apa-apa perkara yang dikehendaki di bawah
Akta ini untuk ditetapkan;
(b) menetapkan pelan pengurusan pemuliharaan;
(c) menetapkan syarat dan sekatan (termasuk pembayaran
dan amaun fi) yang tertakluk kepadanya mana-mana lesen
atau permit di bawah Akta ini boleh diberikan atau
dikeluarkan;
78 Rang Undang-Undang
(d) menyediakan tatacara bagi permohonan, terma dan syarat
yang hendaklah dikenakan pada lesen, dan bagi fi, caj
dan deposit berkenaan dengan permohonan itu, termasuk
peruntukan bagi pelucuthakan, penggunaan atau
pengembalian deposit itu;
(e) menetapkan pengurusan dan tatacara bagi pemuliharaan
dan pemeliharaan tapak warisan, objek warisan, warisan
kebudayaan di bawah air dan Warisan Kebangsaan;
(f) menetapkan garis panduan dan tatacara bagi pemuliharaan
dan pemeliharaan warisan kebudayaan tidak ketara;
(g) menetapkan tatacara bagi pengkompaunan kesalahan; dan
(h) menetapkan penalti atau denda yang tidak melebihi dua
puluh lima ribu ringgit bagi pelanggaran atau kegagalan
untuk mematuhi mana-mana peruntukan mana-mana
peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau dengan
sekatan atau syarat mana-mana lesen atau permit yang
diberikan di bawah mana-mana peraturan itu.

BAHAGIAN XVII
PERUNTUKAN PEMANSUHAN DAN KECUALIAN
Pemansuhan dan kecualian
125. (1) Tertaklukkepadasubseksyen(2),AktaBendaPurbal976
[Akta 168] dan Akta Harta Karun 1957 [Akta 542] dimansuhkan.
(2) Akta Harta Karun 1957 hendaklah terus terpakai bagi Negeri-
Negeri yang tidak menerima pakai peruntukan Bahagian XI Akta
ini melalui suatu undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan
bagi Negeri yang berkaitan mengikut Fasal (3)
Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan.
(3) Semua penetapan, peraturan, kaedah, undang-undang kecil,
pengecualian, arahan dan perintah yang dibuat, semua daftar yang
disimpan dan semua perakuan yang diberikan atau yang mempunyai
kesan di bawah undang-undang atau perintah yang dimansuhkan
oleh seksyen ini dan yang berkuat kuasa atau mempunyai kesan
pada permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah (tanpa menjejaskan
kuasa Menteri untuk meminda peraturan-peraturan, kaedah-kaedah
dan undang-undang kecil atau untuk meminda, membatalkan atau
Warisan Kebangsaan 79
menarik balik pengecualian, arahan atau perakuan melalui perintah
atau arahan yang dibuat di bawah peruntukan yang berkenaan
Akta ini dan tertakluk kepada apa-apa ubah suaian yang perlu
untuk menyelaraskan peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, undangundang
kecil, pengecualian, arahan atau perintah dengan Akta ini)
terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan seolah-olah ia telah
dibuat, disimpan atau diberikan di bawah Akta ini, sehingga
diperuntukkan selainnya di bawah Akta ini.
Pencegahan anomali
126. (1) Menteri boleh, melalui perintah, membuat apa-apa ubah
suaian dalam peruntukan Akta ini yang didapatinya perlu atau suai
manfaat bagi maksud menghapuskan apa-apa kesulitan yang
disebabkan oleh permuiaan kuat kuasa Akta ini.
(2) Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh
seksyen ini selepas habis tempoh dua tahun dari tarikh permuiaan
kuat kuasa Akta ini.
(3) Dalam seksyen ini , "ubah suaian" termasuklah pindaan,
tambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, variasi,
pengubahan dan ketidakpakaian mana-mana peruntukan Akta ini.

HURAIAN
Akta Warisan Kebangsaan 2005 ("Akta") yang dicadangkan oleh Rang Undang-
Undang ini mengandungi peruntukan bagi pemuliharaan dan pemeliharaan Warisan
Kebangsaan, warisan semula jadi, warisan kebudayaan ketara atau tidak ketara,
warisan kebudayaan di bawah air, harta karun dan bagi perkara-perkara yang
berkaitan.

BAHAGIAN I
2. Bahagian I Rang Undang-Undang mengandungi perkara permuiaan.
3. Fasal I mengandungi tajuk ringkas. Ia juga bertujuan untuk memberi Menteri
kuasa untuk menetapkan tarikh yang berlainan bagi permuiaan kuat kuasa Akta
bagi bahagian-bahagian yang berlainan dalam Malaysia.
4. Fasal 2 mengandungi takrif ungkapan tertentu yang digunakan dalam
Rang Undang-Undang ini.
80 Rang Undang-Undang

BAHAGIAN II
5. Bahagian II Rang Undang-Undang memperkatakan dasar berhubung
dengan pemuliharaan dan pemeliharaan warisan.
6. Fasal 3 bertujuan untuk memberi kuasa kepada Menteri untuk mengeluarkan
dasar, pernyataan atau arahan berkenaan dengan apa-apa perkara, urusan, strategi
atau pengendalian pemuliharaan dan pemeliharaan warisan.

BAHAGIAN III
7. Bahagian III Rang Undang-Undang memperkatakan pentadbiran Akta ini.
8. Fasal 4 mengadakan peruntukan bagi pelantikan Pesuruhjaya Warisan yang
menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai
suatu meterai perbadanan.
9. Fasal 5 mengadakan peruntukan bagi pelantikan Timbalan Pesuruhjaya,
Penolong Pesuruhjaya, pegawai yang diberi kuasa dan mana-mana pegawai lain
sebagaimana yang perlu untuk membantu Pesuruhjaya dalam melaksanakan
fungsinya.
10. Fasal 6 menyenaraikan fungsi Pesuruhjaya yang termasuk penentuan
penetapan tapak, pendaftaran objek dan warisan kebudayaan di bawah air sebagai
butiran warisan, untuk mewujudkan dan menyenggarakan Daftar, untuk mengawasi
dan menyelia pemuliharaan, pemeliharaan, pembaikpulihan, penyenggaraan,
penggalakan, pempameran dan kemudahan akses warisan dan untuk menggalakkan
dan memudahkan apa-apa kajian yang berhubungan dengan warisan.
11. Fasal 7 bertujuan untuk memberi kuasa kepada Pesuruhjaya untuk membuat
kontrak, memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati tiaptiap
jenis harta alih dan harta tak alih, memindahkan, menyerahhakkan,
menggadaikan, menggadai janji atau memindahkan hakmilik harta alih atau
harta tak alih yang terletak hak pada Pesuruhjaya.

BAHAGIAN IV
12. Bahagian IV Rang Undang-Undang mengandungi peruntukan yang
berhubungan dengan Majlis Warisan Kebangsaan.
13. Fasal 8 mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis.
14. Fasal 9 menyenaraikan fungsi Majlis dan fasal 10 mengadakan peruntukan
bagi keanggotaan Majlis.
15. Fasal 11 memperkatakan pelantikan setiausaha kepada Majlis.
16. Fasal 12, 13, 14 dan 15 mengadakan peruntukan bagi tempoh jawatan,
pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan anggota Majlis, pengosongan
jawatan dan pengisian kekosongan dalam Majlis.
Warisan Kebangsaan 81
17. Fasal 16 dan 17 memperkatakan mesyuarat Majlis dan tatacara Majlis.
18. Fasal 18 mengadakan peruntukan bagi penubuhan jawatankuasa untuk
membantu Majlis dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta.
19. Fasal 19 mengadakan peruntukan bagi saraan dan elaun bagi anggota
Majlis atau jawatankuasanya.

BAHAGIAN V
20. Bahagian V Rang Undang-Undang mengandungi peruntukan yang
berhubungan dengan Kumpulan Wang Warisan.
21. Fasal 20 bertujuan untuk menubuhkan Kumpulan Wang yang hendaklah
dikawal, disenggarakan dan dikendalikan oleh Pesuruhjaya.
22. Fasal 21 mengadakan peruntukan bagi dipertanggungkan pada perbelanjaan
yang boleh Kumpulan Wang dan fasal 22 memperuntukkan bahawa akaun
hendaklah disimpan dan disenggarakan dalam mematuhi Akta Badan Berkanun
(Akaun dan Laporan Tahunan) 1980.

BAHAGIAN VI
23. Bahagian VI Rang Undang-Undang mengandungi suatu peruntukan mengenai
Daftar Warisan Kebangsaan.
24. Fasal 23 mengadakan peruntukan bagi pewujudan dan penyenggaraan
Daftar oleh Pesuruhjaya. la juga mengadakan peruntukan bagi menjadikan
Daftar tersedia untuk pemeriksaan awam.

BAHAGIAN VII
25. Bahagian VII Rang Undang-Undang mengandungi 5 bab dan mengadakan
peruntukan bagi perkara-perkara yang berhubungan dengan penetapan tapak
warisan, Perintah Perlindungan Interim, urusan yang melibatkan tapak warisan,
pemuliharaan dan pemeliharaan tapak warisan, kawasan pemuliharaan dan pelan
pengurusan pemuliharaan.
Bab 1
26. Fasal 24 dan 25 memberi kuasa kepada Pesuruhjaya untuk menetapkan
suatu tapak atau apa-apa tapak yang berdekatan sebagai suatu tapak warisan.
27. Fasal 26 bertujuan untuk membenarkan Pesuruhjaya memeriksa manamana
tapak bagi maksud menentukan sesuatu tapak ditetapkan sebagai tapak
warisan.
82 Rang Undang-Undang
28. Fasal 27 mengadakan peruntukan bagi notis diberikan kepada pemunya
sesuatu tapak oleh Pesuruhjaya sebelum sesuatu tapak ditetapkan sebagai tapak
warisan.
29. Fasal 28 bertujuan untuk membenarkan mana-mana pemunya sesuatu
tapak atau mana-mana orang lain yang terjejas atau berkemungkinan akan
terjejas melalui penetapan tapak sebagai tapak warisan untuk membuat bantahan
terhadap penetapan i t u dan fasal 29 mengenakan suatu kewajipan kepada
Pesuruhjaya untuk mengendalikan suatu pendengaran untuk mendengar bantahan
itu.
30. Fasal 30 mengadakan peruntukan bagi Pesuruhjaya untuk memperoleh
keizinan daripada Pihak Berkuasa Negeri sebelum mana-mana tapak dalam
Negeri itu ditetapkan sebagai tapak warisan.
31. Fasal 31 menyenaraikan keputusan yang boleh dibuat oleh Pesuruhjaya.
32. Fasal 32 mengenakan kewajipan pada Pesuruhjaya untuk memberitahu
pihak berkuasa perancang tempatan apa-apa penetapan tapak warisan dalam
kawasan pihak berkuasa tempatan itu.
Bab 2
33. Fasal 33 dan 34 mengadakan peruntukan bagi pembuatan suatu Perintah
Perlindungan Interim dan tempoh Perintah Perlindungan Interim itu.
34. Fasal 35 memperuntukkan aktiviti yang boleh dijalankan pada sesuatu
tapak semasa Perintah Perlindungan Interim.
Bab 3
35. Fasal 36 memperuntukkan bahawa notis 28 hari hendaklah diberikan
kepada Pesuruhjaya apabila seseorang pemunya tapak warisan ingin menjual
tapak itu.
36. Fasal 37 bertujuan untuk mengenakan kewajipan pada pemunya baru
tapak warisan untuk memberitahu Pesuruhjaya mengenai pertukaran keempunyaan
tapak warisan itu dalam masa 28 hari dari tarikh penyempurnaan pemindahan
milik itu.
Bab 4
37. Fasal 38 memperkatakan jagaan tapak warisan.
38. Fasal 39 bertujuan untuk membolehkan Pesuruhjaya memeriksa sesuatu
tapak warisan bagi memulihara dan memelihara tapak itu.
39. Fasal 40 bertujuan untuk membolehkan Pesuruhjaya menyelaraskan dan
menasihati pihak berkuasa perancang tempatan tentang apa-apa pembangunan
atau pengubahsuaian sesuatu tapak warisan.
Warisan Kebangsaan 83
40. Fasal 41 bertujuan untuk membolehkan Pesuruhjaya mengeluarkan Perintah
Pemeliharaan Monumen ke atas pemunya monumen bagi maksud memulihara
dan memelihara tapak warisan.
41. Fasal 42 memperkatakan kewajipan pemunya tapak warisan untuk menjaga
tapak warisan dalam keadaan baik.
42. Fasal 43 bertujuan untuk memberi kuasa kepada Pesuruhjaya untuk
membiayai kerja pemuliharaan dan pemeliharaan di suatu tapak warisan.
43. Fasal 44 bertujuan untuk memberi kuasa kepada Pesuruhjaya untuk
meluluskan apa-apa permohonan yang dibuat oleh pemunya tapak warisan untuk
mengenakan fi masuk atas tapak itu.
Bab 5
44. Fasal 45 dan 46 masing-masing memperkatakan kawasan pemuliharaan dan
pelan pengurusan pemuliharaan.

BAHAGIAN VIII
45. Bahagian VIII mengandungi peruntukan tentang penemuan sesuatu objek,
permohonan bagi pendaftaran objek dan pengurusan objek warisan.
Bab 1
46. Fasal 47, 48 dan 49 masing-masing memperkatakan penjumpaan objek,
hak keempunyaan objek yang dijumpai dan pengisytiharan objek itu sebagai
suatu objek warisan oleh Pesuruhjaya.
Bab 2
47. Fasal 50, 51 dan 52 masing-masing memperkatakan permohonan bagi
pendaftaran objek warisan sebagai suatu objek warisan, kelulusan atau penolakan
permohonan oleh Pesuruhjaya dan pengeluaran perakuan pendaftaran oleh
Pesuruhjaya.
Bab 3
48. Fasal 53 bertujuan untuk memberi kuasa kepada Pesuruhjaya untuk
mengambil hak jagaan suatu objek dan untuk memberikan pampasan bagi objek
warisan tertentu. '
49. Fasal 54 dan 55 masing-masing memperkatakan penguntukan bahagian
dalam objek warisan dan pertikaian mengenai pampasan dan penguntukan bahagian
dalam objek warisan.
50. Fasal 56 memperuntukkan bahawa Pesuruhjaya boleh memerintahkan
seseorang pemunya objek warisan untuk tidak menjual atau melupuskan objek
itu tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan Pesuruhjaya.
84 Rang Undang-Undang
51. Fasal 57 dan 58 masing-masing memperuntukkan bahawa sesuatu notis
mestilah diberikan kepada Pesuruhjaya oleh pemunya objek warisan sebelum
menjual atau memindahmilikkan suatu objek warisan dan kehendak bagi pemunya
baru atau pembeli objek itu untuk memberikan butir-butirnya kepada Pesuruhjaya.
52. Fasal 59 memperkatakan pemuliharaan objek warisan dan fasal 60
memperkatakan pemuliharaan warisan kebudayaan tidak ketara.

BAHAGIAN IX
53. Bahagian IX mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan warisan
kebudayaan di bawah air.
54. Fasal 61 memperkatakan tatacara yang hendaklah diambil apabila sesuatu
warisan kebudayaan di bawah air dijumpai.
55. Fasal 62 memperkatakan milikanjagaan dan kawalan warisan kebudayaan
di bawah air boleh alih.
56. Fasal 63 dan 64 masing-masing mengadakan peruntukan bagi pengisytiharan
warisan kebudayaan di bawah air dan pengisytiharan zon yang dilindungi.
57. Fasal 65 memperuntukkan bahawa lesen untuk salvaj dan penggalian
mestilah diperoleh daripada Pesuruhjaya sebelum menjalankan apa-apa kerja
penggalian dan fasal 66 memperkatakan hak keempunyaan Pesuruhjaya terhadap
warisan kebudayaan di bawah air yang dijumpai semasa pengukuran, salvaj dan
penggalian.

BAHAGIAN X
58. Bahagian X mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan Warisan
Kebangsaan.
59. Fasal 67 memperkatakan kuasa Menteri untuk mengisytiharkan manamana
tapak warisan, objek warisan, warisan kebudayaan di bawah air atau
mana-mana orang yang hidup sebagai suatu Warisan Kebangsaan.
60. Fasal 68 membenarkan mana-mana orang untuk menamakan kepada Menteri
apa-apa warisan semula jadi, warisan kebudayaan ketara atau tidak ketara,
orang yang hidup atau warisan kebudayaan di bawah air untuk diisytiharkan
sebagai Warisan Kebangsaan. Fasal 69 memperkatakan pemunyaan dan pemilikan
Warisan Kebangsaan oleh mana-mana pihak selain Kerajaan Persekutuan atau
Kerajaan Negeri.
61. Fasal 70 memperkatakan pertukaran pemunyaan Warisan Kebangsaan.
Fasal 71 mengadakan peruntukan bagi penyenaraian sesuatu Warisan Kebangsaan
dalam Daftar.
62. Fasal 72 memberi kuasa kepada Menteri untuk mengenakan tatacara dan
garis panduan bagi pengurusan dan pemuliharaan kategori yang berlainan bagi
Warisan Kebangsaan.
Warisan Kebangsaan 85

BAHAGIAN XI
63. Bahagian XI mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan harta
karun.
64. Fasal 73 bertujuan untuk menyatakan bahawa Bahagian XI diperbuat bagi
maksud menggalakkan keseragaman undang-undang Negeri-Negeri di Malaysia
yang berhubungan dengan harta karun.
65. Fasal 74 memperuntukkan bahawa jika seseorang menjumpai harta karun,
notis tentang penjumpaan itu hendaklah diberikan kepada Pesuruhjaya atau
Pegawai Daerah.
66. Fasai 75 memberi kuasa kepada Pegawai Daerah untuk mengadakan suatu
siasatan yang berhubungan dengan harta karun itu dan fasal 76 membenarkan
Pegawai Daerah untuk menangguhkan pendengaran itu dan membenarkan masa
bagi suatu guaman dimulakan dalam mahkamah yang mempunyai bidang kuasa
yang berwibawa.
67. Fasal 77 mengadakan peruntukan bagi harta karun diisytiharkan tiada
pemunya dan fasal 78 memperuntukkan bahawa jika harta karun telah diisytiharkan
tiada pemunya harta karun itu hendaklah terletak hak pada Kerajaan Negeri.
68. Fasal 79 memperuntukkan bahawa Kerajaan Negeri boleh membayar sebagai
hadiah kepada orang yang menjumpai apa-apa harta karun dan kepada pemunya
mana-mana tanah tempat harta karun itu dijumpai.
69. Kuasa Pesuruhjaya untuk memeriksa apa-apa harta karun diperuntukkan
dalam fasal 80.
70. Fasal 81 bertujuan untuk menjadikannya suatu kesalahan bagi mana-mana
orang yang menjumpai mana-mana harta karun tetapi tidak melaporkannya atau
menyerahkan harta karun itu atau membuat laporan palsu mengenai hal keadaan
penjumpaan atau asal usul harta karun itu.
71. Fasal 82 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa jika seseorang disabitkan
atas mana-mana kesalahan di bawah Bahagian ini, orang itu tidak berhak kepada
apa-apa tuntutan atau kepentingan dalam harta karun itu atau apa-apa hadiah
berkaitan dengan penemuan itu.

BAHAGIAN XII
72. Bahagian XII Rang Undang-Undang mengandungi peruntukan yang
berhubungan dengan pelesenan.
Bab 1
73. Fasal 83 memperuntukkan bahawa lesen dikehendaki untuk mengimport
atau mengeksport apa-apa butiran warisan dan fasal 84 mengadakan peruntukan
bagi kehendak untuk memberitahu Pesuruhjaya mengenai niat untuk mengimport
apa-apa butiran warisan.
86 Rang Undang-Undang
74. Fasal 85 memperkatakan kuasa Menteri untuk menetapkan apa-apa tatacara
atau kaedah yang hendaklah digunakan dalam penyimpanan selamat apa-apa
butiran warisan asing yang diimport ke Malaysia.
Bab 2
75. Kehendak untuk mempunyai lesen untuk menggali diperuntukkan dalam
fasal 86 dan peruntukan bagi permohonan bagi lesen diperuntukkan dalam
fasal 87.
76. Fasal 88 mengadakan peruntukan bagi kuasa Pesuruhjaya sama ada untuk
meluluskan atau menolak kelulusan lesen. Fasal 89 memperuntukkan bahawa
Pesuruhjaya boleh menetapkan terma dan syarat dalam lesen itu.
77. Fasal 90 memperuntukkan bahawa apa-apa lesen untuk menggali boleh
dilanjutkan oleh Pesuruhjaya. la juga memperuntukkan bahawa Pesuruhjaya
boleh membatalkan mana-mana lesen itu sebelum habis tempoh yang baginya
lesen itu diluluskan.
Bab 3
78. Fasal 91 memperuntukkan bahawa tiada seorang pun boleh berurus niaga
apa-apa butiran warisan melainkan jika dia merupakan seorang peniaga berdaftar
dan memegang suatu perakuan pendaftaran yang diberikan oleh Pesuruhjaya.
79. Fasal 92 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa apa-apa maklumat
mengenai apa-apa butiran warisan yang dicuri atau hilang yang diterima oleh
polis hendaklah disampaikan kepada Pesuruhjaya. Pesuruhjaya hendaklah apabila
menerima maklumat itu memberitahu peniaga berdaftar bagi maksud mendapatkan
kembali butiran warisan itu.
80. Fasal 93 bertujuan untuk menghendaki seseorang peniaga berdaftar untuk
melaporkan apa-apa penjualan atau pembelian butiran warisan kepada
Pesuruhjaya.
81. Fasal 94 bertujuan untuk memberi kuasa kepada mana-mana pegawai
penguat kuasa untuk memasuki dan menggeledah tanpa waran mana-mana premis
perniagaan peniaga berdaftar yang dia mempunyai sebab untuk mengesyaki
bahawa apa-apa butiran warisan yang dicuri atau hilang berada dalam premis
itu.
82. Fasal 95 memperuntukkan bahawa jika mana-mana orang disabitkan atas
suatu kesalahan dalam mana-mana mahkamah di bawah Bab XVIT Kanun Keseksaan
[Akta 574] berkenaan dengan mana-mana butiran warisan mahkamah boleh
memerintahkan butiran warisan itu diserahkan kepada pemunya itu apabila
dibuktikan keempunyaan dengan atau tanpa bayaran.
Warisan Kebangsaan 87

BAHAGIAN XIII
83. Bahagian XIII Rang Undang-Undang mengandungi suatu peruntukan
mengenai rayuan.
84. Fasal 96 memperuntukkan hak merayu kepada seseorang yang terkilan
oleh keputusan Pesuruhjaya untuk menetapkan atau tidak menetapkan sesuatu
tapak sebagai tapak warisan, pengeluaran Permtah Perlindungan Interim,
pengeiuaran Perintah Pemeliharaan Monumen, kelulusan atau penolakan kelulusan
untuk mendaftarkan sesuatu objek sebagai objek warisan atau penolakan untuk
meluluskan apa-apa lesen import, eksport atau penggalian atau pendaftaran
peniaga berdaftar. Rayuan itu terletak pada Menteri yang keputusannya adalah
muktamad.

BAHAGIAN XIV
85. Bahagian XIV mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan
penguatkuasaan, penyitaan, penangkapan, dsb.
86. Fasal 97 bertujuan untuk memberi kuasa kepada Menteri untuk melantik
pegawai penguat kuasa yang perlu bagi maksud Akta ini.
87. Fasal 98 memperuntukkan bahawa mana-mana pegawai penguat kuasa
atau pegawai polis hendaklah mempunyai kuasa untuk menyiasat apa-apa kesalahan
di bawah Akta ini. Fasal 99 memperuntukkan bahawa kad kuasa hendaklah
dikeluarkan kepada setiap pegawai penguat kuasa dan hendaklah apabila diminta
mengemukakan kad kuasanya apabila perlu di bawah Akta ini.
88. Fasal 100, 101, 102 dan 103 masing-masing memperkatakan tentang
peruntukan yang berhubungan dengan penggeledahan dan penyitaan dengan
waran, penggeledahan dan penyitaan tanpa waran, pemeriksaan orang dan penyitaan
benda.
89. Fasal 104 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa notis penyitaan
hendaklah diberikan kepada pemunya objek, bahan, buku, dokumen atau benda
lain yang disita itu oleh pegawai yang membuat penyitaan itu.
90. Fasal 105 bertujuan untuk memberi kuasa kepada mana-mana pegawai
penguat kuasa atau pegawai polis untuk menangkap tanpa waran mana-mana
orang yang semunasabahnya dipercayai telah melakukan atau cuba melakukan
suatu kesalahan di bawah Akta ini.
91. Fasal 106 bertujuan untuk menjadikannya suatu kesalahan bagi manamana
orang yang menghalang apa-apa penggeledahan yang dilakukan oleh
mana-mana pegawai penguat kuasa di bawah Akta ini.
92. Fasal 107 bertujuan untuk membenarkan pegawai penguat kuasa untuk
memerintahkan kehadiran orang yang mengetahui kes itu dan fasal 108 dan 109
memberi kuasa kepada seseorang pegawai penguat kuasa untuk memeriksa
orang yang mengetahui kes itu.
88 Rang Undang-Undang
93. Fasal 110 memperkatakan pelucuthakan benda yang disita di bawah
Akta ini.
94. Fasal 111 memperuntukkanbahawa tiadakos atau ganti rugi yangberbangkit
daripada apa-apa penyitaan apa-apa jua pada menjalankan atau berupa sebagai
menjalankan mana-mana kuasa di bawah Akta ini boleh didapatkan dalam
presiding mahkamah melainkan jika penyitaan itu dilakukan tanpa sebab yang
munasabah.

BAHAGIAN XV
95. Bahagian XV Rang Undang-Undang mengandungi peruntukan yang
berhubungan dengan kesalahan di bawah Akta ini.
96. Fasal 112, 113 dan 114 masing-masing menyenaraikan kesalahan yang
berhubungan dengan tapak warisan, objek warisan dan Warisan Kebangsaan.

BAHAGIAN XVI
97. Bahagian XVI Rang Undang-Undang mengandungi peruntukan pelbagai.
98. Fasal 115 memperuntukkan bahawa tiada pendakwaan berkenaan dengan
apa-apa kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan
keizinan bertulis Pendakwa Raya.
99. Fasal 116 mengadakan peruntukan bagi bidang kuasa mahkamah Majistret
Kelas Pertama untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan
untuk mengenakan hukuman penuh bagi apa-apa kesalahan itu.
100. Fasal 117 mengadakan peruntukan bagi kesalahan yang dilakukan oleh
pertubuhan perbadanan.
101. Fasal 118 mengadakan peruntukan bagi penalti bagi kesalahan am.
102. Fasal 119 bertujuan untuk memberi kuasa kepada Pesuruhjaya untuk
mengkompaun kesalahan.
103. Fasal 120 memperuntukkan bahawa Pesuruhjaya, semua anggota Majlis
dan jawatankuasa, mana-mana anggota kakitangan atau ejen Pesuruhjaya hendaklah
disifatkan sebagai pekhidmat awam.
104. Fasal 121 mengadakan peruntukan bagi kekebalan daripada tindakan undangundang
bagi pegawai tertentu.
105. Fasal 122 memperuntukkan bahawa Akta Perlindungan Pihak Berkuasa
Awam 1948 hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan
atau prosiding terhadap Pesuruhjaya atau Majlis.
106. Fasal 123 bertujuan untuk memberi kuasa kepada Pesuruhjaya untuk
mewakilkan kuasa, tugas atau fungsinya di bawah Akta ini kepada mana-mana
pegawai Pesuruhjaya.
Warisan Kebangsaan 89
107. Fasal 124 bertujuan untuk member! kuasa kepada Menteri untuk membuat
peraturan-peraturan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik.

BAHAGIAN XVII
108. Bahagian XVII Rang Undang-Undang mengandungi peruntukan
permansuhan dan kecualian.
109. Fasal 125 memansuhkan Akta Benda Purba 1976 dan Akta Harta Karun
1957 dan bertujuan untuk memberi kuasa kepada Menteri untuk membuat
peruntukan peralihan untuk memastikan pelaksanaan yang lancar Akta yang
dicadangkan. Akta yang dicadangkan juga mengadakan peruntukan bagi penerusan
semua undang-undang kecil, penetapan, perintah pengecualian, daftar dan perakuan
yang dibuat di bawah undang-undang yang terdabulu sehingga dimansuhkan di
bawah Akta ini.
110. Fasal 126 bertujuan untuk memberi kuasa kepada Menteri untuk membuat
apa-apa pindaan, penambahan, pemotongan dan Iain-lain untuk menghapuskan
apa-apa kesulitan yang disebabkan oleh permulaan kuat kuasa Akta ini.

IMPLiKASI KEWANGAN
Rang Undang-Undang ini akan melibatkan Kerajaan dalam perbelanjaan wang
tambahan yang amaunnya tidak dapat ditentukan sekarang ini.
[PN(U2)2476]
Powered By Blogger